REMBAU: Transformasi budaya tempat kerja di Kementerian Kesihatan (KKM) perlu diwujudkan bagi mengatasi masalah buli dalam kalangan petugas sektor kesihatan awam, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata transformasi itu akan menggariskan prinsip serta nilai budaya kerja yang baharu di KKM berdasarkan laporan kaji selidik Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) yang dipengerusikan oleh Prof Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir.
Khairy berkata laporan kaji selidik itu adalah adil dan teliti serta maklum balas keseluruhan mengenai laporan itu akan diberikannya minggu hadapan.
"Tetapi respons awal, kita akan bawa kepada transformasi budaya tempat kerja di KKM. Survei yang dibuat melibatkan responden besar iaitu lebih 100,000 petugas di KKM.
"Berita baiknya 60 peratus berpuas hati dengan budaya kerja di KKM manakala yang tidak berapa bagus berkata ada wujud elemen buli di tempat kerja yang agak toksik dan sebagainya, ini perlu diberi perhatian," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pendidikan Daerah Rembau di Dewan Perpatih, PPD Rembau di sini hari ini.
Khairy berkata tekanan kerja dapat membantu untuk melatih doktor atau jururawat muda menjalani tugas yang penting tetapi tekanan tidak seharusnya diberikan sehingga berlaku gangguan dari segi lisan, mental atau fizikal.
Beliau menjelaskan garis panduan dan etika kerja adalah penting tetapi apa yang lebih utama adalah bagaimana memastikan garis panduan itu diterjemahkan di lapangan.
"Tekanan kerja kini berbeza dengan dulu jadi perubahan perlu mengikut peredaran zaman dan memahami generasi baharu yang mempunyai jangkaan berbeza.
"Saya rasa bukan hanya di KKM tetapi di mana-mana organisasi mesti 'Zero Harassment, Zero Bully' (sifar gangguan, sifar buli)...maruah manusia perlu dijaga, jika tidak organisasi tidak mendapat produktiviti yang maksimum daripada pekerja," katanya.
Media hari ini melaporkan kaji selidik berkaitan budaya kerja yang disertai 110,411 pegawai dan kakitangan KKM menunjukkan lebih 60 peratus responden menyatakan budaya kerja di KKM adalah positif terutamanya penjagaan pesakit, komuniti dan kerja berpasukan.
Kira-kira 20 peratus dalam kalangan petugas KKM pula mengakui memang wujud budaya negatif termasuk gejala buli ketika bertugas.
Dalam perkembangan lain, Khairy berkata KKM akan melihat masalah kekurangan jururawat di fasiliti kesihatan awam dan berusaha mencari penyelesaian terbaik mengenai perkara itu.
Beliau berkata KKM dalam proses mengisi jawatan tersebut dan kementerian turut diminta lebih ramai dilatih untuk menjadi jururawat.
Ditanya adakah KKM memerlukan satu kuasa autonomi berhubung perjawatan kementerian itu, Khairy berkata terdapat cadangan dibuat beberapa tahun lepas supaya diwujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan seperti dalam sektor pendidikan.
Khairy berkata perbincangan lebih lanjut mengenai cadangan tersebut akan dilakukan bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) terutamanya melihat dari sudut pro and kontra cadangan itu.
"Cadangan boleh dibuat, tetapi perlu lihat juga implikasinya, perkara ini perlu dilihat dengan serius...memandangkan sektor kesihatan telah pun memberi sumbangan besar sewaktu pandemik COVID-19 dan ia turut mendedahkan kekurangan atau jurang sistem kesihatan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 18 2022
Khairy berkata laporan kaji selidik itu adalah adil dan teliti serta maklum balas keseluruhan mengenai laporan itu akan diberikannya minggu hadapan. - Gambar fail/BERNAMA
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Transformasi budaya kerja di KKM atasi isu buli - Khairy
Transformasi budaya tempat kerja di Kementerian Kesihatan (KKM) perlu diwujudkan bagi mengatasi masalah buli dalam kalangan petugas sektor kesihatan awam.