MALAYSIA
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Yeoh berkata usaha pemodenan menyeluruh oleh pihaknya mencerminkan keperluan untuk memastikan peranan Pelabuhan Pulau Pinang kekal relevan dalam ekosistem maritim Malaysia. - Gambar fail/Facebook Yeoh Soon Hin
GEORGE TOWN: Pemodenan digital menjadi tonggak penting dalam kesediaan Pelabuhan Pulau Pinang untuk melaksanakan peranan lebih besar sebagai pangkalan utama susulan peningkatan keperluan operasi bagi pengurusan penumpang, penyelarasan logistik dan pematuhan kawal selia.
Ringkasan AI
Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin berkata Pelan Strategik Pendigitalan 2026-2030, yang dilancarkan pada Disember 2025, menjadi langkah penting antaranya untuk memperkukuh kecekapan pelabuhan dan memodenkan proses terasnya.
Beliau berkata pelan itu juga menjadi panduan dalam menaik taraf infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi, memperkukuh kerangka keselamatan siber serta membangunkan keupayaan digital lanjutan dalam kalangan kakitangan.
"Transformasi ini adalah asas dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan pelabuhan sebagai pangkalan utama secara keseluruhannya, khususnya apabila operasi pelabuhan menjadi semakin kompleks dan saling berkait," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata memandangkan aktiviti kapal persiaran semakin berkembang dan harapan penumpang semakin meningkat justeru, pelabuhan perlu memastikan penyelarasan yang lancar antara operasi terminal, pengawasan keselamatan dan kecekapan perkhidmatan, yang semuanya memerlukan sistem sokongan digital yang kukuh.
Pelan strategik itu bertujuan membolehkan pemantauan operasi berdasarkan masa sebenar, mempertingkatkan penguatkuasaan peraturan serta mengukuhkan pematuhan dengan piawaian pelabuhan antarabangsa, katanya.
Yeoh berkata usaha pemodenan menyeluruh oleh pihaknya mencerminkan keperluan untuk memastikan peranan Pelabuhan Pulau Pinang kekal relevan dalam ekosistem maritim Malaysia yang semakin berkembang dan ketika persaingan antara pelabuhan serantau semakin sengit.
Beliau berkata peralihan kepada pangkalan utama bukan sahaja memerlukan langkah naik taraf infrastruktur fizikal malah juga kesediaan institusi melalui tadbir urus digital, sistem pintar dan perancangan operasi yang maju.
Pelabuhan Pulau Pinang beroperasi di bawah Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang 1955 dan Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990, dengan SPPP berperanan sebagai pengawal selia manakala Penang Port Sdn Bhd (PPSB) sebagai pengendali berlesen, menjadikan penambahbaikan digital yang diselaraskan penting bagi kecekapan menyeluruh pelabuhan.
Mengenai peralihan sebagi pangkalan utama secara keseluruhan, beliau berkata inisiatif itu dirangka sebagai satu proses berperingkat, dengan pencapaian penting bergantung kepada penyelarasan dasar, kelulusan kawal selia dan kerjasama pihak berkepentingan.
Beliau berkata keutamaan serta-merta merangkumi rundingan dengan pihak berkepentingan, penilaian kebolehlaksanaan tambahan serta semakan kawal selia yang meliputi terma pelesenan, perjanjian konsesi dan keperluan perancangan guna tanah.
Yeoh berkata sebagai sebahagian pelaksanaan awal, pengaturan rintis pangkalan utama dijangka bermula termasuk penempatan kapal persiaran Piano Land dan peluasan itinerari pelayaran serantau dari Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier (SPCT).
Melangkah ke hadapan, beliau berkata fasa seterusnya akan melibatkan langkah naik taraf infrastruktur termasuk pemodenan peralatan pengendalian kargo, kerja-kerja pembangunan semula di SPCT dan kawasan persisiran bersebelahan, serta pelaksanaan sistem digital bagi memperkukuh kecekapan dan penyampaian perkhidmatan.
Dalam jangka masa panjang, Yeoh berkata Pelabuhan Pulau Pinang menyasar untuk mencapai kapasiti pengendalian sebanyak 6.8 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) menjelang 2053, seperti yang ditetapkan dalam Pelan Induk Pelabuhan Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pemodenan digital menjadi fokus utama Pelabuhan Pulau Pinang untuk meningkatkan peranan sebagai pangkalan utama, termasuk penyelarasan logistik dan pematuhan kawal selia.
- Penerapan Pelan Strategik Pendigitalan 2026-2030 adalah langkah penting dalam memperkukuh kecekapan pelabuhan, termasuk peningkatan infrastruktur teknologi maklumat, keselamatan siber, dan keupayaan digital kakitangan.
- Transformasi ini diperlukan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan pelabuhan berkesan, terutamanya dengan pertumbuhan aktiviti kapal persiaran dan harapan penumpang yang meningkat serta untuk mengekalkan relevansi Pelabuhan Pulau Pinang dalam ekosistem maritim yang berkembang.