PUTRAJAYA: Transformasi sistem kerajaan dan Parlimen serta meneliti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menjadi keutamaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam tempoh pencapaian 100 hari memegang jawatan itu.
Katanya beliau telah membincangkan perkara itu dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam dan perdana menteri telah bersetuju secara prinsip untuk meneliti pelan transformasi tersebut.
"Sudah tiba masanya untuk melaksanakan penambahbaikan dan transformasi yang perlu dalam sistem kerajaan dan Parlimen bagi menyesuaikan dengan keadaan sosial dan politik semasa serta lebih bersedia dalam menghadapi cabaran-cabaran terkini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Junadi bersama 30 menteri dan 38 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 30 Ogos lalu.
Mengenai urusan Parlimen, Wan Junaidi berkata beliau telah bertemu dengan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun minggu lalu untuk membincangkan transformasi Parlimen.
Transformasi itu akan memberi tumpuan kepada dua bidang utama iaitu menghidupkan atau memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen untuk memberi kebebasan kepada Parlimen serta cadangan untuk mewujudkan akta baharu Parlimen bagi menggantikan Akta Hak Istimewa dan Kuasa Parlimen 1952 (Pindaan 1988), katanya.
Beliau berkata kedua-dua Speaker sangat positif dengan cadangan itu dan telah memberikan komitmen untuk memainkan peranan utama dalam transformasi Parlimen sambil menambah sebuah jawatankuasa bersama antara Parlimen dan pihaknya akan dibentuk untuk memastikan pelbagai cadangan dibincangkan itu dapat dilaksanakan dengan segera.
Mengenai komitmennya terhadap MA63 dalam usaha memastikan hak dan kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak kekal terbela dan terpelihara, Wan Junadi berkata: " MA63 adalah isu yang dekat di hati saya dan ini akan menjadi salah satu keutamaan saya."
Katanya beliau sudah menemui Peguam Besar Negeri Sarawak dan telah berhubung dengan Peguam Besar Negeri Sabah berhubung perkara itu dengan melihat titik persamaan sebagai pendekatan ke arah mencari penyelesaian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 07 2021
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika sidang media di Menara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini. - Foto BERNAMA
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Transformasi kerajaan, Parlimen, MA63 keutamaan Wan Junaidi
Transformasi sistem kerajaan dan Parlimen serta meneliti Perjanjian Malaysia 1963 jadi keutamaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.