KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan hari ini berkongsi komitmen dan visi berkaitan dengan transformasi pendidikan sebagai laluan ke arah sistem pendidikan yang lebih saksama, inklusif, relevan dan berdaya saing.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dalam mesej menerusi video sempena Hari Pendidikan Antarabangsa 2023, berkata kementerian itu menyasarkan untuk pelaburan pelbagai sektor dan memberikan bantuan yang lebih ketara kepada pembelajaran awal dan pembangunan awal kanak-kanak.
"Dengan berbuat demikian, kami mengutamakan pengumpulan bukti, analisis, data ramalan tentang kehilangan pembelajaran pelajar dan sistem data amaran awal untuk membangun dan melaksanakan intervensi yang disasarkan dan mengurangkan kemungkinan pelajar tercicir.
"Ia juga dapat memastikan isu kemiskinan yang memberi kesan langsung pendidikan anak-anak dapat ditangani dengan sewajarnya. Usaha itu terhasil daripada komunikasi yang diselaraskan dengan baik dalam kalangan semua pihak berkepentingan, termasuk sekolah di negara ini," katanya.
Fadhlina, yang juga Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, berkata kementerian turut memberi tumpuan kepada aspek Karamah Insaniah atau Martabat Insan dengan menekankan kemahiran insaniah bagi menyemai akhlak dan integriti dalam kalangan pelajar.
Beliau berkata kementerian terus membangun dan menaik taraf struktur maklumat dan infrastruktur ICT di semua sekolah memandangkan pengukuhan rangka kerja dasar pendidikan digital kekal diutamakan.
"Bagaimanapun, kami mengambil berat tentang jurang digital apabila merancang pendidikan digital, terutamanya pelajar daripada keluarga kurang bernasib baik, berpendapatan rendah dan mereka yang berada di kawasan terpencil.
"Justeru, pembelajaran mereka mesti dipermudahkan untuk mengurangkan jurang ekuiti dan mengelak ketinggalan dalam sistem pendidikan," katanya.
Menurutnya, pendidikan masa depan memerlukan guru dan pelajar dilengkapi dengan celik digital dan kecekapan untuk menyediakan mereka dengan pendidikan kalis masa hadapan dengan lebih baik.
Dalam hal ini, katanya, adalah penting untuk menjalin kerjasama dengan penyedia perkhidmatan teknologi dan badan antarabangsa untuk meningkatkan kecekapan digital mereka.
Selain itu, Fadhlina, berkata pada 2013, Kementerian Pendidikan memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, yang menggariskan pelan hala tuju 12 tahun dan rangka kerja komprehensif untuk transformasi sistem pendidikan yang mampan.
Melangkah ke hadapan, katanya, Malaysia menggesa komitmen global dalam meningkatkan perpaduan sosial serta membantu mempercepatkan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) - Pendidikan 2030.
"Matlamat itu antara lain menggariskan supaya tumpuan lebih banyak diberikan kepada golongan muda, mengutamakan pelaburan dalam komponen teras pendidikan dan untuk memastikan tiada kanak-kanak tertinggal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2023

Fadhlina berkata, kementerian itu menyasarkan untuk pelaburan pelbagai sektor dan memberikan bantuan yang lebih ketara kepada pembelajaran awal dan pembangunan awal kanak-kanak. - Gambar fail

Suspek pukul rakan direman tujuh hari
Tempoh reman berkenaan bermula pada Sabtu bagi melengkapkan siasatan berhubung kematian mangsa yang berusia 76 tahun.

Polis minta waris, saksi buat laporan nahas di Rawang Bypass
Kejadian dipercayai berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang wanita tempatan berusia 33 tahun.

Rumah pusaka dijadikan Rumah Ngaji
Rumah Ngaji yang ke-50 di Pulau Pinang itu dikenali sebagai Rumah Ngaji Abu Bakar dikendalikan oleh Yayasan Mawar Pulau Pinang.

Kami tawarkan bahtera penyelamat - Pemuda Pas
Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi hantaran di Facebooknya berkata, pihaknya menawarkan bahtera penyelamat kepada mereka.

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah kandas di separuh akhir
Pasangan beregu wanita utama negara dikecewakan di separuh akhir buat kali kedua berturut-turut apabila tewas kepada Fukushima-Hirota.

Kerajaan akan naik taraf kemudahan PPS untuk mangsa banjir
Kebanyakan PPS sedia ada menggunakan dewan orang ramai dan sekolah yang masing-masing mempunyai kekangan tersendiri.

Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan, Tehran
Malaysia mengulangi pendirian menolak semua bentuk keganasan dan menyeru agar pelaku serangan kejam dibawa ke muka pengadilan.

Kerajaan laksana pelbagai usaha mudah cara majikan dapatkan pekerja asing
Majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja.

Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi
Sementara kerajaan tidak akan terlibat dalam aspek berkenaan, tetapi ia mengambil maklum rungutan daripada pembeli tiket konsert.

JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023
Antara kesalahan terbabit adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Henti budaya beri amaran kepada guru yang kritik di media sosial - Fadhlina
Ruang kritikan konstruktif penting sebagai proses semak dan imbang, tegas Menteri Pendidikan.

Belanjawan 2023: 568 sekolah daif di Sarawak jadi keutamaan - Fadhlina
Usaha membaik pulih 568 sekolah daif di seluruh Sarawak menjadi antara perhatian utama kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2023, pada 24 Feb ini, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Transformasi pendidikan ke arah lebih saksama, berdaya saing - Fadhlina
Kementerian Pendidikan hari ini berkongsi komitmen dan visi berkaitan dengan transformasi pendidikan sebagai laluan ke arah sistem pendidikan yang lebih saksama, inklusif, relevan dan berdaya saing.

MPPK diarah sedia laporan berkaitan beban tugas, kebajikan guru
Laporan itu perlu dikemukakan kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek sebelum pertengahan bulan depan.

Guru, netizen perlu elak sebar video pergaduhan di sekolah - Fadhlina
Semua guru serta netizen di negara ini disaran tidak menyebarkan sebarang rakaman video melibatkan insiden pergaduhan di sekolah.

KPM jamin wang BAP lebih RM100,000 dilarikan penjenayah diganti sebelum Mac
KPM memberi jaminan wang peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM109,000 yang dilarikan penjenayah dalam kejadian di Semenyih, Isnin lalu, akan diganti semula sebelum Mac.

KPM cadang pertingkat kadar Bantuan Makanan Pra Sekolah - Fadhlina
Kementerian Pendidikan akan berusaha untuk meningkatkan kadar Bantuan Makanan Pra Sekolah (BMP) bagi di seluruh negara.

Hazami Jahari dilantik Ketua Pengarah DBP baharu
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengumumkan pelantikan Hazami Jahari sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Fadhlina beri jaminan pelajar OKU, guru pendidikan khas diberi perhatian
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memberi jaminan untuk memastikan pelajar orang kurang upaya (OKU) dan guru pendidikan khas diberi perhatian sewajarnya oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Wang bantuan awal persekolahan hilang: Wujud pelanggaran SOP kewangan - Fadhlina
Jika mengeluarkan wang tunai melebihi RM10,000, perlu mendapatkan perkhidmatan pengiring daripada polis.