awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Transformasi pendidikan kerajaan tingkat tahap sosioekonomi rakyat semua kaum - Najib

Bernama
Bernama
05/02/2016
04:59 MYT
Transformasi pendidikan kerajaan tingkat tahap sosioekonomi rakyat semua kaum - Najib
NAJIB: Kemudahan dalam bidang pendidikan akan memberi peluang untuk pembangunan diri.
Tranformasi kerajaan dalam bidang pendidikan terbukti berjaya meningkatkan tahap sosioekonomi rakyat pelbagai kaum di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata kerajaan komited untuk membangunkan bidang pendidikan berkualiti kerana melihat ia sebagai cara terbaik dalam membangunkan rakyat negara ini tanpa mengira kaum.
"Dengan cara ini (pendidikan) kita buat sekolah, sedia peluang pendidikan percuma, tambah kualiti pendidikan, saya percaya melalui usaha gigih kerajaan ini dapat lihat transformasi bersama bukan sekadar bidang pendidikan, tetapi (memajukan) juga rakyat Malaysia," katanya ketika berucap merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Paya Besar, Lunas, di sini hari ini.
Najib berkata kaedah bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bantuan kebajikan hanya bantuan semasa untuk seketika tetapi kemudahan dalam bidang pendidikan, akan memberi peluang untuk pembangunan diri.
Hadir sama pada majlis itu adalah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Kesihatan yang juga Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam dan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.
Topic Berkaitan
#kualiti pendidikan
#Najib Razak
#rakyat
#tahap sosioekonomi
#transformasi pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan