KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan sedang melakukan transformasi sistem kesihatan negara daripada sick care atau penjagaan pesakit kepada health care (penjagaan kesihatan), kata Menterinya Khairy Jamaluddin.
Seperti kata-kata 'mencegah lebih baik daripada merawat', beliau berkata transformasi itu penting bagi membolehkan pemerkasaan terhadap aktiviti pencegahan penyakit, menggalakkan gaya hidup sihat, meningkatkan saringan kesihatan dan perkhidmatan kesihatan primer dalam komuniti.
Beliau berkata transformasi itu juga dapat menggalakkan perluasan rekod kesihatan digital dalam kalangan komuniti dan penggunaan teknologi terkini dalam sektor kesihatan.
"(Transformasi ini) maksudnya kita mahu kekalkan rakyat Malaysia sentiasa sihat. Setiap tahun hampir satu juta rakyat Malaysia jatuh sakit sama ada menghidap kencing manis, hipertensi, kolestrol terlalu tinggi dan bermacam-macam penyakit.
"Sehubungan itu, Kertas Putih Kesihatan (HWP) menjadi dokumen dasar kerajaan penting yang akan mengesyorkan reformasi sistem kesihatan negara secara berfasa bagi tempoh 15 tahun akan datang," katanya ketika berucap pada Dialog Awam Pembangunan HWP di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat negeri Datuk Shahelmey Yahya dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Khairy berkata Suruhanjaya Reformasi Kesihatan akan ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan HWP dan melalui HWP fungsi-fungsi di bawah kementerian akan menjadi lebih cekap dan berkesan, termasuk penambahbaikan perancangan sumber manusia.
Sementara itu, mengenai pelan sistem kesihatan di Sabah dan Sarawak, beliau berkata 30 buah klinik kesihatan iaitu 14 di Sabah dan 16 di Sarawak dengan anggaran perbelanjaan RM1.5 bilion, bakal dibina di kedua-dua negeri itu.
"Kementerian turut menyasarkan untuk menaik taraf enam hospital bukan pakar kepada hospital pakar minor, masing-masing tiga di Sabah dan Sarawak," katanya.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata sesi dialog awam kertas putih kesihatan itu membolehkan pelbagai isu dan idea disuarakan dari pelbagai peringkat sektor kesihatan, agar sistem kesihatan bertambah baik.
Beliau berkata sistem kesihatan di Sabah dan Sarawak sememangnya memerlukan lebih banyak perhatian dari pelbagai aspek untuk ditambah baik, bagi membolehkan kertas putih kesihatan dibentangkan di Parlimen.
"Ini adalah suatu sesi yang baik, kita dapat bercakap dari atas hingga ke bawah bagi mendapatkan satu kertas (HWP) yang mantap dan cara terbaik untuk membina sebuah sistem kesihatan terbaik, supaya jika berhadapan pandemik atau bencana kita dapat menguruskannya dengan baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 09 2022
Kementerian Kesihatan sedang melakukan transformasi sistem kesihatan negara daripada sick care atau penjagaan pesakit kepada health care (penjagaan kesihatan), kata Menterinya Khairy Jamaluddin. - Gambar fail/BERNAMA
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Pemandu Myvi maut dalam kemalangan dua kenderaan
Mangsa yang memandu kereta Produa Myvi disahkan meninggal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum pihak bomba tiba.
Lebih 10,000 penyakit bawaan air dikesan di 6 negeri terjejas banjir - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 10,272 penyakit bawaan air di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak setakat semalam.
MA pukul doktor: KKM serah panel bebas, JKN Perak diarah siasat semula - Dr Dzulkefly
KKM menyerahkan kepada Pasukan Petugas Khas bebas untuk menyiasat secara menyeluruh berhubung kes pembantu pegawai perubatan memukul doktor yang berlaku di Hospital Gerik, Perak.
Banjir: Pengendali PPS diingat jaga kualiti makanan, elak keracunan - Dzulkefly
KKM mengingatkan pengendali pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mangsa banjir supaya memastikan kualiti makanan terjaga bagi mengelakkan sebarang kes keracunan makanan akibat makanan tercemar.
KKM kaji sistem DRG kebangsaan tangani kenaikan kos perubatan - Lukanisman
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji pembangunan sistem kumpulan berkaitan diagnosis (DRG) kebangsaan dalam perawatan hospital seluruh negara sebagai usaha menangani kenaikan kos perubatan.
SSPA: KKM adakan pertemuan dengan kesatuan jururawat esok
Pertemuan esok akan melibatkan lima kesatuan jururawat yang telah menyatakan kesediaan berkongsi pandangan berhubung pelaksanaan arahan baharu.
Satu lagi kes mpox dikesan di Malaysia - KKM
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia menjadikan jumlah kes mpox di Malaysia meningkat kepada dua kes tahun ini, menjadikan keseluruhan 11 kes sejak 26 Julai 2023.
Hospital Seri Iskandar beroperasi 11 Disember - Dr Dzulkefly
Hospital Seri Iskandar (HSI) yang akan mula beroperasi pada 11 Dis ini akan memperkukuh perkhidmatan kesihatan di daerah Perak Tengah.
KKM rangka super apps, tawar perkhidmatan kesihatan termasuk pesanan ambulans
'Super apps' atau aplikasi mudah alih super akan menguruskan pelbagai perkhidmatan kesihatan termasuk pesanan ambulans.
KKM bakal tawar kontrak baharu pastikan bekalan ubat cukup terutama insulin manusia
Dzulkefly memberi jaminan bahawa Malaysia tidak pernah mengalami kekurangan insulin manusia walaupun semasa gangguan pada Ogos.