NATIONAL
Transformasi360 bantu rakyat bangkit selepas Aidilfitri, sasar ubah cara berfikir
Program selama tiga hari yang dijadualkan berlangsung pada 10 hingga 12 Mei ini, bakal membimbing peserta membina keyakinan diri, mengurus emosi, serta memecahkan kepercayaan lama yang membataskan potensi mereka. - Foto RichWorks
KUALA LUMPUR: Dalam suasana pasca Aidilfitri yang menyaksikan ramai bergelut dengan tekanan kewangan dan emosi yang tidak stabil, program pembangunan diri Transformasi360 tampil memberi sinar baharu kepada mereka yang benar-benar mahu mengubah hidup.
Pengasas dan Presiden RichWorks International, Prof Datuk Dr Wira Azizan Osman, berkata masih ramai yang keliru tentang ‘masa yang sesuai’ untuk melakukan perubahan dalam hidup, sedangkan hakikatnya masa itu perlu dicipta dan bukan ditunggu.
“Ramai orang sedang rasa terperangkap, ‘stuck’, selepas raya kerana kewangan sempit, semangat merudum, hidup tak tentu arah. Tapi ketahuilah, anda tidak keseorangan. Kami terima banyak mesej daripada mereka yang sedang bergelut dalam diam,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Azizan, kebanyakan mereka sudah mencuba pelbagai cara tetapi tetap gagal, bukan kerana kurang usaha atau ilmu, tetapi kerana asas pemikiran dan sikap yang tidak tepat.
“Tanpa sikap positif, tindakan akan salah. Tanpa disiplin dan kejelasan, kejayaan hanya akan jadi angan-angan,” ujarnya.

Justeru itu, program Transformasi360 diperkenalkan sebagai versi baharu yang ditambah baik daripada program popular anjuran RichWorks sebelum ini, iaitu Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) dan Nak Ubah Hidup.
Program selama tiga hari yang dijadualkan berlangsung pada 10 hingga 12 Mei ini, bakal membimbing peserta membina keyakinan diri, mengurus emosi, serta memecahkan kepercayaan lama yang membataskan potensi mereka.
Azizan berkata, elemen teknologi kecerdasan buatan (AI) turut diperkenalkan dalam Transformasi360, bagi membantu peserta mengenal pasti kekuatan diri secara lebih mendalam dan saintifik.
“Ramai tidak sedar bahawa mereka memiliki potensi besar, tetapi tidak tahu bagaimana mahu mengaktifkannya. Teknologi AI akan membantu peserta memahami kelebihan mereka dan membina strategi yang sesuai dengan kekuatan itu,” jelas beliau.
Tambahnya, peserta akan dipandu membina pelan tindakan jelas dan realistik bagi masa depan mereka, sama ada dalam kerjaya, perniagaan atau kehidupan peribadi.

“Nasihat saya, jangan tunggu sehingga hidup memaksa anda berubah. Masa depan anda tidak ditentukan oleh semalam, tetapi oleh keputusan yang anda buat hari ini.
“Sama ada anda usahawan yang hilang arah, pekerja yang tersepit dengan tekanan hidup, atau sesiapa sahaja yang mahu keluar dari belenggu, Transformasi360 adalah pintunya,” katanya.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, orang ramai boleh layari www.transformasi360.com.