GEORGE TOWN: Polis menahan seorang pendawai elektrik bersama 157.185 kilogram (kg) syabu bernilai RM5.19 juta di Bandar Cassia, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan pada jam 12.50 tengah hari, 3 Oktober lalu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, suspek berusia 34 tahun dari Lembah Klang itu ditahan ketika sedang memunggah dadah berkenaan dari sebuah kereta ke kereta yang dipandunya.
Menurutnya, suspek dipercayai berperanan sebagai 'transporter' dadah berkenaan yang diseludup dari Thailand untuk diedarkan ke negeri ini dan Selangor.
"Kita menahan suspek ketika dia sedang memunggah dadah dari kereta Honda HRV ke kereta Perodua Bezza yang dipandunya. Suspek cuba lari ketika serbuan, namun gagal.
"Siasatan awal mendapati, kedua-dua kereta itu adalah kenderaan sewa. Sementara itu, kesemua dadah yang diletakkan di dalam enam guni itu dibawa dari Thailand menggunakan kereta Honda HRV berkenaan.
"Pemeriksaan mendapati, keenam-enam guni tersebut mengandungi 150 bungkusan teh Cina yang mengandungi 157.185kg syabu bernilai RM5.19 juta," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini pada Rabu.
Beliau berkata, suspek dipercayai menerima upah RM5,000 untuk setiap trip penghantaran dadah tersebut.
"Kita percaya, suspek bukan bergerak solo dan polis masih mengesan saki baki rakan suspek yang masih bebas. Suspek mempunyai satu rekod jenayah namun ujian dadahnya negatif.
"Suspek dipercayai telah beberapa kali melakukan jenayah ini sebelum berjaya ditahan.
"Dadah yang dirampas boleh digunakan oleh 926,000 penagih sekiranya terlepas ke pasaran. Suspek yang sudah berkahwin itu direman tujuh hari sehingga 10 Oktober untuk siasatan lanjut," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 04 2023
Kok Chin (tiga, kanan) menunjukkan dadah syabu yang dirampas dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada Rabu. - Gambar/ Sinar Harian
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Polis lepas tiga tembakan, seorang lelaki ditahan
Polis melepaskan tiga das tembakan ke arah tayar sebuah kereta dipandu seorang lelaki dipercayai pengedar dadah di kawasan sebuah apartment di Johor Bahru.
Dua lelaki diberkas ketika urus niaga 54kg ganja tepi jalan
Seorang pemandu peribadi dan pekerja kedai makan diberkas kerana disyaki mengedar 51 ketulan mampat ganja bernilai RM168,020.
Lelaki didakwa edar 63.48 kilogram kanabis
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 63.48 kilogram, awal bulan ini.
Pengedar letak tanda untuk jual dadah
Tindakan itu dipercayai digunakan untuk penjualan kesemua jenis dadah berkenaan di salah satu lokasi tanah lot di Taman Sentosa.
Polis Terengganu rampas dadah RM4.47 juta sepanjang 2023
Polis Terengganu berjaya merampas pelbagai jenis dadah keseluruhan bernilai RM4.47 juta sepanjang 2023.
Banduan tawan 139 pengawal, kakitangan penjara di Ecuador
Kira-kira 125 pengawal penjara dan 14 pegawai pentadbiran dijadikan tawanan oleh banduan di lima penjara di Ecuador ekoran rusuhan dan pemberontakan yang tercetus pada Isnin, lapor Xinhua.
Hukuman gantung bekas mekanik, pasangan bersalah edar dadah diganti penjara
Seorang bekas mekanik dan seorang bekas jurusolek yang didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar dadah, terlepas daripada hukuman gantung hari ini.
Edar dadah, bapa anak satu dipenjara seumur hidup, 15 sebatan
Lelaki terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana mengedar dadah jenis kanabis seberat 495.2 gram, tiga tahun lalu.
Tiga sekawan berdepan hukuman mati edar dadah lebih 4.7kg
Tiga sekawan dituduh di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad kerana mengedar dadah seberat 4.7 kilogram (kg) di Taman Setia Tropika dekat sini pada awal bulan ini.
'Transporter' ditahan bersama syabu RM5 juta
Polis menahan seorang pendawai elektrik bersama 157.185 kilogram (kg) syabu bernilai RM5.19 juta di Bandar Cassia, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan pada jam 12.50 tengah hari, 3 Oktober lalu.