Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Treler bawa bahan kimia terbakar di Lebuhraya Elite

Sinar Harian 16/11/2025 | 04:20 MYT
Anggota bomba sedang menjalankan kerja pemadaman melibatkan sebuah treler yang terbakar pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Suasana di Kilometer 28 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini dikejutkan dengan kebakaran melibatkan sebuah treler yang membawa muatan bahan kimia berupa metal oxide dipercayai aluminium atau zinc oxide pada Sabtu.


Ringkasan AI
  • Suasana di Kilometer 28 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dikejutkan dengan kebakaran treler membawa muatan bahan kimia metal oxide pada Sabtu.
  • Operasi pemadaman melibatkan 23 anggota bomba dari tiga balai, termasuk unit Hazmat, dilakukan secara cermat untuk mengurangkan risiko kebakaran semula.
  • Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada Ahad pagi, dengan pasukan menggunakan teknik menolak treler ke cerun untuk keselamatan sekitar sebelum operasi ditamatkan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dengkil digerakkan ke lokasi kejadian sejurus panggilan kecemasan diterima.

Menurutnya, dua balai bantuan turut dikerahkan iaitu BBP Cyberjaya dan BBP Shah Alam yang membawa unit Hazmat bagi menguruskan risiko bahan berkenaan.

"Setibanya pasukan di lokasi pada jam 9.43 malam, didapati kebakaran melibatkan bahagian treler yang membawa muatan metal oxide.

"Anggaran kebakaran adalah 80 peratus dan kerja pemadaman terus dijalankan ketika itu,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ahmad Mukhlis berkata, operasi melibatkan 23 pegawai dan anggota dari tiga balai.

Beliau berkata, pada jam 9.25 pagi Ahad, kebakaran disahkan berjaya dipadamkan sepenuhnya sebelum pasukan memberi tumpuan kepada usaha mengalihkan treler yang terbakar ke lokasi lebih selamat.

"Pengalihan tidak dapat dilakukan menggunakan jengkaut kerana bahan dibawa amat mudah terbakar dan sentuhan besi boleh menghasilkan percikan yang berisiko mengakibatkan kebakaran semula.

"Selepas perbincangan, pasukan menggunakan teknik menolak treler ke cerun setinggi kira-kira lima kaki yang berlantaikan rumput," katanya.

Tambah beliau, kerja pengalihan diteruskan dan pasukan memastikan kawasan selamat sepenuhnya sebelum operasi ditamatkan.

"Tiada mangsa dilaporkan dalam insiden berkenaan," katanya. -Sinar Harian





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menyebabkan kebakaran melibatkan treler yang membawa muatan bahan kimia di Kilometer 28 Lebuhraya Elite?
    A: Kebakaran dipercayai disebabkan oleh treler yang membawa muatan bahan kimia berupa metal oxide, yang dipercayai aluminium atau zinc oxide.
  • Q: Berapa jumlah pegawai dan anggota bomba yang terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran tersebut?
    A: Operasi pemadaman melibatkan 23 pegawai dan anggota dari tiga balai bomba berbeza.
  • Q: Bagaimanakah pasukan bomba mengendalikan treler yang terbakar setelah kebakaran berjaya dipadamkan?
    A: Pasukan bomba menggunakan teknik menolak treler ke cerun setinggi kira-kira lima kaki yang berlantaikan rumput setelah kebakaran berjaya dipadamkan.



#metal oxide #treler terbakar #ELITE #Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah