Treler hangus terbakar cetus panik di Pelabuhan Klang

Astro Awani
Disember 6, 2016 15:50 MYT
Kebakaran tersebut memusnahkan 90 peratus treler berkenaan termasuk muatan gulungan kertas. -Sumber foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Sebuah treler membawa muatan gulungan kertas musnah terbakar di Jalan Pelabuhan Utara ke Pelabuhan Barat malam ini.
Pemandunya berusia lingkungan 40-an nyaris maut dalam insiden 7.40 malam yang mencetuskan suasana panik di bandar Pelabuhan Klang.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, kebakaran dipercayai bermula di bahagian enjin treler berkenaan sebelum merebak ke bahagian lain.
Menurut Mohd Sani, kebakaran memusnahkan 90 peratus treler tersebut termasuk muatan gulungan kertas.
Katanya, treler yang dalam perjalanan dari Pelabuhan Utara ke Pelabuhan Barat itu tiba-tiba mengeluarkan asap sebelum pemandunya ternampak percikan api dari bahagian enjin.
#Mohd Sani Harul #Pelabuhan Barat #pelabuhan utara