Treler muatan kayu terbalik, sesak 4km selepas Terowong Menora

Amirrul Rabbani
Oktober 12, 2022 03:25 MYT
Sebuah treler muatan kayu terbabas dan terbalik di KM265 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, dekat Ipoh, pagi ini. - Foto Twitter LLM Trafik
IPOH: Sebuah treler membawa muatan kayu terbabas dan terbalik di kilometer (km) 265 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, hari ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook, PLUS Malaysia memaklumkan, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian berhampiran dengan Terowong Menora itu pada jam 7.55 pagi.
Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang kira-kira 4.5km, akibat semua lorong berkenaan terhalang.
“Kemalangan arah selatan dari terowong ke Ipoh itu mengakibatkan semua lorong terhalang. Justeru, laluan kontra telah diaktifkan,” katanya.
Sehubungan itu, pihak PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya menggunakan laluan alternatif dengan melalui susur keluar ke Kuala Kangsar bagi mengelakkan kesesakan.
Sementara itu, difahamkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan selain ketika ini kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan di lokasi.
Terdahulu, tular di media sosial gambar dan video menunjukkan sebuah treler terbabas ke longkang lebuh raya dengan muatan kayu yang berselerak di atas jalan.

Baru je jadi selepas terowong menora yang datang dari arah utara boleh exit kat tol kuala kangsar dahulu untuk ke selatan hope xde kemalangan jiwa la terkejut la jadi depan mata @501Awani pic.twitter.com/Dez7nOaZGc

— Apophis (@IncekApis) October 11, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengguna jalan raya yang berada di lokasi turut berkongsi mengenai kejadian tersebut menerusi hantaran di media sosial.

10.41amPLUS@E1 : Pengalihan kemalangan treler di laluan; Terowong Menora-Ipoh Utara (KM 265.0 arah Selatan) Semua lorong masih terhalang, trafik sesak 3.3 km sebelum dari Terowong ke Ipoh Utara. Laluan kontra telah diaktifkan (KM 263.8-265.1 arah Utara). Hati-hati. https://t.co/pKY4PgQNc9 pic.twitter.com/DBoag3GkRv

— LLM Trafik (@LLMinfotrafik) October 12, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#treler terbalik #Terowong Menora #Lebuhraya Utara Selatan #trafik sesak