JOHOR BAHRU: Masalah brek gagal berfungsi menyebabkan sebuah treler yang membawa muatan habuk kayu merempuh 12 kenderaan lain di atas Tambak Johor, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian lebih kurang jam 9.25 pagi itu berlaku ketika treler terbabit dari arah Johor Bahru menghala ke Woodlands Singapura.
Katanya, kemalangan melibatkan sebuah lori, sebuah van, sebuah bas dan sembilan kereta.
"Enam daripada kenderaan ini bernombor pendaftaran asing. Manakala lagi enam kenderaan bernombor pendaftaran tempatan.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kesemua kenderaan mengalami kerosakan kecil.
"Pemandu treler lelaki berusia 34 tahun ditahan bagi siasatan dibawah seksyen 40 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,"katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dalam kenyataan di laman facebooknya memaklumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan segera menjalankan siasatan Tataamalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP) berhubung insiden ini.
Katanya, tindakan tegas akan dikenakan kepada pemandu lori atau syarikat terbabit jika didapati gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.
"Setelah JPJ melengkapkan audit ICOP. Ini termasuklah seperti menggantung lesen GDL pemandu lori, menggantung permit syarikat atau lain-lain hukuman yang termaktub dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
"Manakala pihak MIROS pula akan menyiasat dari aspek teknikal, untuk mencari punca kemalangan tersebut berlaku.
Saya amat memandang serius kes-kes "seperti ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak. Mana-mana pihak yang didapati bersalah akan dikenakan hukuman tegas kerana ia membabitkan keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya,"katanya.
Ka Siong turut meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian semasa kemalangan tersebut berlaku, menyerahkan bukti-bukti seperti rakaman video jika ada, bagi membantu siasatan.
Dalam video tular berdurasi 35 saat, memaparkan sebuah treler meluru melanggar beberapa buah kenderaan dihadapanya di Tambak Johor.
Siti Nur Aqilla Omar
Thu Jul 07 2022
Kejadian lebih kurang jam 9.25 pagi itu berlaku ketika treler terbabit dari arah Johor Bahru menghala ke Woodlands Singapura. - Sumber foto FB Wee Ka Siong
Kim Swee mahu terus bersama Sabah FC
Datuk Ong Kim Swee kekal memilih Sabah FC sebagai pilihan utama untuk meneruskan tugasnya sebagai pengendali skuad itu pada musim akan datang.
Malaysia-Bahrain kongsi pengalaman pengurusan pengairan dan teknologi pertanian
Malaysia telah berkongsi pengalaman dengan Bahrain mengenai pengurusan pengairan dan saliran serta berharap dapat bekerjasama dengan negara itu berkaitan teknologi penggunaan air kitar semula.
Pelan Tindakan Udara Bersih bakal dimuktamadkan bagi menangani isu kualiti udara
Kerajaan sedang memuktamadkan Pelan Tindakan Udara Bersih Kebangsaan 2025-2040 (NCAAP) yang bertujuan menangani cabaran berkaitan kualiti udara di negara ini.
Malaysia seru komuniti perniagaan Perancis tingkatkan kerjasama demi kemakmuran ASEAN
Kerajaan menyeru komuniti perniagaan Perancis di negara ini meningkatkan kerjasama berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan untuk mewujudkan komuniti sejahtera.
Naik taraf Terminal 1 Seremban pemangkin sosioekonomi pusat bandar
Terminal 1 akan muncul dengan wajah baharu lebih moden bakal menjadi pemangkin kepada perkembangan sosioekonomi di pusat bandar Seremban.
Setiausaha Agung ASEAN lawat Thailand untuk perkukuh kerjasama penguatkuasaan undang-undang
Dr Kao Kim Hourn akan mengetuai delegasi Sekretariat ASEAN dalam lawatan kerja ke Thailand dari 5 hingga 6 Nov atas jemputan Menteri Kehakiman Thailand, Tawee Sodsong.
Menteri Indonesia jamin bekalan beras cukup hingga akhir tahun
Zulkifli Hasan menjelaskan stok beras di Gudang Bulog di Jakarta mencapai 140,000 tan.
MIDF sasar sedia inisiatif pembiayaan sedia masa depan RM200 juta untuk PKS
Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan.
Kaunter tunai STR, SARA dibuka di pedalaman Sarawak hingga 27 November ini
Kerajaaan menerusi agensi berkaitan membuka kaunter pembayaran tunai STR dan SARA di beberapa lokasi mengikut bahagian dan zon di Sarawak secara berperingkat.
Sungai Yamuna di India terus tercemar dengan kumbahan
Sungai Yamuna di India, salah satu sungai yang dianggap suci bagi penganut agama Hindu, terus dicemari dengan buih toksik yang timbul di permukaannya.
Paparan video dron menunjukkan sungai yang mengalir melalui bandaraya New Delhi itu, diselimuti buih tebal, ketika ribuan penganut akan meraikan perayaan Chhath Puja.
Paparan video dron menunjukkan sungai yang mengalir melalui bandaraya New Delhi itu, diselimuti buih tebal, ketika ribuan penganut akan meraikan perayaan Chhath Puja.
Treler rempuh 12 kenderaan di Tambak Johor
Masalah brek gagal berfungsi menyebabkan sebuah treler yang membawa muatan habuk kayu merempuh 12 kenderaan lain di atas Tambak Johor, di sini pagi tadi.