awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inspektor Sheila ditahan, bertengkar dengan peniaga
Projek naik taraf Lebuh Raya Senai-Desaru capai 55 peratus - Ahmad Maslan
Pas terima rayuan tiga ADUN Perlis dihentikan keahlian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Treler rempuh pondok tol, dua kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
11/12/2025
01:00 MYT
Treler rempuh pondok tol, dua kereta
Kemalangan di Plaza Tol Kota Kemuning, Lebuhraya Shah Alam di sini pada Rabu. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Seorang penjaga tol bersama enam individu lain berdepan detik cemas apabila sebuah treler merempuh pondok tol dalam insiden di Plaza Tol Kota Kemuning, Lebuhraya Shah Alam di sini pada Rabu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kes itu pada jam 9.17 malam.
"Seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 11 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya tiba di lokasi pada jam 9.28 malam mendapati kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan.
"Sebuah treler telah merempuh pondok tol dan melanggar dua buah kereta iaitu Perodua Bezza (VFR 6953) serta Proton Wira.
"Terdapat mangsa termasuk penjaga tol dan semuanya mangsa berada dalam keadaan baik," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#treler langgar tol
#Plaza Tol Kota Kemuning
#Lebuhraya Shah Alam
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan