awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Treler terbabas dalam gaung, pemandu tersepit

Sinar Harian
Sinar Harian
15/11/2018
05:18 MYT
Treler terbabas dalam gaung, pemandu tersepit
Anggota bomba ketika operasi mengeluarkan mangsa tersepit di bawah bahagian kepala treler dipandu. - Foto Sinar Harian
Seorang pemandu treler cedera parah apabila treler muatan kayu dipandunya terbalik ke dalam gaung di Maran, dekat sini, petang semalam.
Mangsa, L Raja Durai, 49, yang tersepit kaki di bawah bahagian kepala treler berjaya diselamatkan anggota bomba sebelum dihantar ke hospital.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Maran, Penolong Penguasa Shamsul Affendy Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 6.45 petang semalam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
“Kemalangan melibatkan sebuah lori treler muatan kayu yang terbabas di gaung dan terbalik. Terdapat seorang lelaki dewasa tersepit di bawah kepala lori yang tersangkut di atas tebing.
“Anggota operasi bertindak menggunakan peralatan rescue ram, hidrolic cutter dan rescue air bag bagi mengangkat, menampung dan membuat penstabilan kenderaan terlibat daripada bergerak,” katanya kepada Sinar Harian, pagi tadi.
Menurutnya, operasi tamat kira-kira jam 8.30 malam.
Topic Berkaitan
#cedera parah
#gaung
#L Raja Durai
#lori treler
#Maran
#pemandu treler
#tersepit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan