MALAYSIA
Tren monorel terkandas, 373 penumpang dipindahkan, perkhidmatan pulih 11.33 pagi
Pasukan bomba tiba di lokasi dalam masa tiga minit selepas menerima panggilan kecemasan melalui NG999 pada 9.39 pagi. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Seramai 373 penumpang dipindahkan selepas sebuah tren monorel terkandas di laluan Medan Tuanku berhampiran Maju Junction, pagi tadi akibat gangguan bekalan kuasa.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur Mohamad Remi Che Hat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui NG999 pada 9.39 pagi sebelum lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa dikejarkan ke lokasi menggunakan jentera FRT-1.
"Pasukan bomba tiba pada 9.42 pagi dan mendapati tren berada dalam keadaan terkawal dengan kerja pemindahan penumpang sedang dijalankan pihak penyelenggaraan.
"Seorang wanita berusia 58 tahun pengsan tetapi kembali sedar selepas menerima rawatan awal daripada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan," katanya.
Sementara itu, Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan perkhidmatan laluan monorel itu berjaya pulih sepenuhnya pada 11.33 pagi tadi.
Menurut Rapid Rail, insiden pada 8.50 pagi itu melibatkan tren bernombor 25 yang berhenti secara tiba-tiba sebelum pasukan kejuruteraan menunda tren berkenaan ke depoh bagi pemeriksaan lanjut.
Syarikat itu turut memaklumkan penumpang lain dipindahkan ke Stesen Medan Tuanku untuk meneruskan perjalanan masing-masing, manakala perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara percuma diaktifkan secara berperingkat.
"Rapid Rail memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama daripada semua pengguna," menurut kenyataan syarikat itu.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- 373 penumpang dipindahkan selepas tren monorel terkandas di laluan Medan Tuanku berhampiran Maju Junction akibat gangguan bekalan kuasa.
- Pasukan bomba tiba di lokasi dalam masa tiga minit selepas menerima panggilan kecemasan melalui NG999 pada 9.39 pagi.
- Wanita berusia 58 tahun pengsan tetapi kembali sedar selepas menerima rawatan awal daripada pasukan perubatan.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur Mohamad Remi Che Hat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui NG999 pada 9.39 pagi sebelum lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa dikejarkan ke lokasi menggunakan jentera FRT-1.
"Pasukan bomba tiba pada 9.42 pagi dan mendapati tren berada dalam keadaan terkawal dengan kerja pemindahan penumpang sedang dijalankan pihak penyelenggaraan.
"Seorang wanita berusia 58 tahun pengsan tetapi kembali sedar selepas menerima rawatan awal daripada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan," katanya.
Sementara itu, Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan perkhidmatan laluan monorel itu berjaya pulih sepenuhnya pada 11.33 pagi tadi.
Menurut Rapid Rail, insiden pada 8.50 pagi itu melibatkan tren bernombor 25 yang berhenti secara tiba-tiba sebelum pasukan kejuruteraan menunda tren berkenaan ke depoh bagi pemeriksaan lanjut.
Syarikat itu turut memaklumkan penumpang lain dipindahkan ke Stesen Medan Tuanku untuk meneruskan perjalanan masing-masing, manakala perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara percuma diaktifkan secara berperingkat.
"Rapid Rail memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama daripada semua pengguna," menurut kenyataan syarikat itu.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapa jumlah penumpang yang dipindahkan selepas tren monorel terkandas di laluan Medan Tuanku?
A: Seramai 373 penumpang dipindahkan selepas tren monorel terkandas di laluan Medan Tuanku. - Q: Berapa waktu yang diambil oleh pasukan bomba untuk tiba di lokasi setelah menerima panggilan kecemasan?
A: Pasukan bomba tiba di lokasi dalam masa tiga minit selepas menerima panggilan kecemasan pada 9.39 pagi. - Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap wanita yang pengsan dalam insiden tren monorel terkandas?
A: Wanita berusia 58 tahun pengsan tetapi kembali sedar selepas menerima rawatan awal daripada pasukan perubatan.