MALAYSIA
Tren pertama tiba di Johor, Projek RTS Link masuki 'fasa kritikal' ujian percubaan
Set Tren 02 Projek RTS Johor Bahru–Singapura diangkat setinggi 50 meter dengan menggunakan 'Mobile Crane 500 Tonne' sebelum diturunkan ke rel Depoh Wadi Hana, hari ini. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura memasuki fasa baharu hari ini, apabila set Tren 02 menjadi tren pertama berjaya ditempatkan di Depoh Wadi Hana, sekali gus menandakan permulaan 'fasa kritikal' bagi proses ujian dan pentauliahan projek itu.
Ringkasan AI
Menempuh perjalanan sejauh 541 kilometer dari kemudahan CRRC Rolling Stock Centre di Batu Gajah, Perak bermula 12 Nov lepas pada kelajuan kira-kira 70 kilometer sejam, set tren empat gerabak berkenaan tiba di depoh itu tengah malam tadi dengan dibawa menggunakan empat lori treler.
Ketua Pegawai Eksekutif RTS Operations Pte Ltd (RTSO) Dr Ahmad Marzuki Ariffin berkata segala proses membawa tren berkenaan mengambil kira faktor keselamatan, lalu lintas dan cuaca, dengan beberapa titik hentian di Kuala Lumpur dan Melaka dan Tol Kempas di sini.
"Penghantaran tren ini menandakan peralihan projek ke fasa praoperasi, dengan pelbagai aktiviti pengujian dan penyelarasan sistem akan dijalankan bagi memastikan tren dan infrastrukturnya berfungsi dengan sempurna serta mematuhi piawaian keselamatan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Ahmad Marzuki berkata keselamatan tapak depoh diberi keutamaan sejak peringkat persediaan terutama memastikan tanah cukup kukuh untuk menampung kren berat yang digunakan bagi kerja-kerja penurunan setiap gerabak dengan berat 32 tan itu ke landasan bermula pagi ini.
Beliau berkata setiap hentian perjalanan turut melibatkan pemeriksaan keselamatan termasuk semakan semula titik pengikat bagi memastikan tiada kelonggaran semasa tren bergerak.
Beliau berkata RTSO turut bekerjasama dengan CRRC bagi memastikan laluan dari kilang hingga ke depoh lancar, dan MRT Corp bagi penyediaan tapak yang selamat.
"Memang penghantaran dan penurunan tren ke landasan ini adalah satu peristiwa penting untuk projek RTS. Depoh kini bersedia menerima set tren seterusnya dan kami akan memulakan proses ujian dan pentauliahan," katanya.
Ahmad Marzuki berkata secara keseluruhannya sebanyak lapan set tren yang masing-masing terdiri daripada empat gerabak akan beroperasi bagi perkhidmatan RTS Link yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura.
Bagi fasa penghantaran pertama, empat set tren dihantar dan ditempatkan di Depoh Wadi Hana, yang juga pusat fasiliti penyelenggaraan serta operasi tren RTS berkenaan, sementara baki empat set tren dijadualkan tiba secara berperingkat bulan depan.
Projek RTS sepanjang empat kilometer yang menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dan Woodlands North di Singapura itu dijangka siap pada Disember 2026 dan mula beroperasi awal 2027 serta dijangka mampu membawa hingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah.
RTSO ialah syarikat usaha sama antara Prasarana RTS Operations Sdn Bhd dan SMRT RTS Pte Ltd yang memiliki, mereka bentuk, membina dan membiayai aset operasi RTS Link termasuk tren, landasan serta sistem.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura memasuki fasa kritikal dengan tren pertama, Tren 02, berjaya tiba di Depoh Wadi Hana selepas perjalanan 541 kilometer dari Batu Gajah, Perak.
- Proses penghantaran tren ke depoh melibatkan faktor keselamatan, lalu lintas, dan cuaca, serta aktiviti pengujian untuk memastikan keselamatan dan kecekapan sistem berfungsi dengan baik.
- RTSO menyasarkan lapan set tren empat gerabak beroperasi pada RTS Link, yang dijangka mampu membawa hingga 10,000 penumpang sejam setiap arah, dengan tarikh siap pada Disember 2026 dan beroperasi awal 2027.