KUALA LUMPUR: Prevalen diabetes di negara ini menunjukkan trend peningkatan yang membimbangkan selain beban kos rawatan penyakit itu yang dijangka terus melonjak.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kira-kira 3.9 juta (18.3 peratus) orang dewasa menghidap diabetes di Malaysia dan hampir separuh daripada pesakit diabetes tidak menyedari status penyakit mereka.
"Pengesanan diabetes dan permulaan awal rawatan adalah amat penting dalam pengurusan diabetes dan seterusnya membantu mencegah komplikasi dan kematian pramatang," katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Diabetes Sedunia 2022 Peringkat Kebangsaan hari ini.
Selain itu Dr Noor Hisham berkata laporan "The Direct Healthcare Cost of Noncommunicable Diseases in Malaysia" yang dikeluarkan baru-baru ini menganggarkan sebanyak RM4.38 bilion (45.38 peratus daripada jumlah kos keseluruhan) telah dibelanjakan bagi tahun 2017 untuk rawatan diabetes.
"Beban kos ini dijangka akan terus meningkat sekiranya tindakan sewajarnya tidak diambil untuk mencegah dan mengawal penyakit tersebut," katanya.
Beliau berkata sebanyak 355,887 individu berumur 40 tahun ke atas telah menjalani saringan di bawah Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) dari 1 Julai hingga 13 Nov tahun ini.
Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 195,215 (54.85 peratus) disahkan menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) sebelum saringan, 137,380 (38.6 peratus) individu didapati bebas NCD tetapi dikesan mempunyai faktor risiko NCD seperti obesiti, merokok dan mempunyai bacaan tekanan darah, paras gula dan paras kolesterol yang melebihi paras normal; manakala 23,293 (6.55 peratus) adalah sihat.
"Seramai 210,414 individu bawah 40 tahun disaring pada tempoh sama dan didapati 84,395 (40.11 peratus) disahkan menghidap NCD sebelum saringan; 97,158 (46.14 peratus) mempunyai faktor risiko NCD, manakala 28,931 (13.75 peratus) individu adalah sihat," katanya.
Justeru, Dr Noor Hisham berkata, sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema Akses Kepada Penjagaan Diabetes - Pendidikan untuk Melindungi Hari Esok dilancarkan bagi meningkatkan kesedaran dalam komuniti tentang kepentingan akses kepada perawatan dan penjagaan diabetes.
"KKM menyeru orang ramai mengambil peluang ini untuk memeriksa status Indeks Jisim Tubuh (BMI), tekanan darah, paras gula dan paras kolesterol dalam darah di mana-mana fasiliti kesihatan berhampiran," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Nov 15 2022

Prevalen diabetes di negara ini menunjukkan trend peningkatan yang membimbangkan selain beban kos rawatan penyakit itu yang dijangka terus melonjak. - Gambar hiasan

Bengkel motosikal tawar tayar Rahmah RM5
Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, terutama golongan B40, sebuah bengkel motosikal di Kajang, Selangor baru-baru ini telah menawarkan jualan tayar motosikal pada harga Rahmah RM5.

Kanak-kanak lelaki cedera tersepit pintu lif
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini.

AWANI Ringkas: Kementerian teliti cadangan buka semula kedutaan di negara konflik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kurma, buah 'tak cantik' miliki kuasa luar biasa
Menurut perubatan moden, kurma mempunyai 10 unsur yang penting untuk manusia kekal sihat dan cergas.

AWANI Global: Banteras Diskriminasi Kaum
Malaysia mencatatkan jumlah insiden perkauman, diskriminasi kaum dan xenofobia tertinggi pada tahun 2022. Ikuti diskusi Jerald Joseph, Pengarah Pusat KOMAS bersempena Hari Antarabangsa Membanteras Diskriminasi Berdasarkan Kaum.

Raja Permaisuri Agong rasmi Masjid Tunku Azizah Iskandar di Bentong
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan merasmikan dan menamakan semula Masjid Kampung Baru di sini sebagai Masjid Tunku Azizah Iskandar sempena nama baginda.

Bekalan ayam mencukupi sehingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara masih dijangka mencukupi sehingga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri akhir bulan depan.
![AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015742/34324862771679837297531_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar Tumpuan #AWANI745 malam ini: Sultan Selangor ingatkan ahli politik jangan guna agama nak raih populariti Kaki tiga beradik dirantai demi keselamatan, dakwa kakak suspek Anthony Loke sanggah kritikan, tegaskan tiada lantikan politik dalam GLC Polemik lawatan PM ke Arab Saudi, pembangkang kemuka usul di Parlimen #AWANInews

#AWANIByte : Lebuhraya DASH - Laluan Alternatif Elakkan Kesesakkan
Penjimatan masa perjalanan sehingga 70% dari Puncak Perdana menuju ke Kuala Lumpur berbanding laluan sedia ada, Lebuhraya DASH terbukti laluan alternatif baharu yang berkesan bagi mengelak kesesakan. Dibina 90% secara bertingkat, dengan pelbagai ciri binaan unik termasuk penghadang bunyi lebuh raya kepungan penuh pertama di Malaysia, Lebuhraya DASH adalah antara lebuh raya paling canggih di negara ini

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland
Gandingan negara itu tunduk kepada pasangan Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin dari China malam ini.

Patutlah gula asyik naik, rupanya salah cara! Ambil peduli nasihat doktor ini
Berikut perkongsian Dr Zubaidi Ahmad mengenai cara untuk menurunkan gula dalam darah

Penghidap diabetes berusia 20 tahun ke bawah dijangka meningkat di AS - Kajian
Jumlah penghidap diabetes yang berusia 20 tahun ke bawah dijangka meningkat secara mendadak dalam tempoh beberapa dekad akan datang di Amerika Syarikat.

AS lulus ubat baharu tangani diabetes jenis 1
Tzield bertindak balas terhadap sistem imun tertentu dan melambatkan perkembangan ke tahap tiga bagi diabetes jenis satu.

Kempen KNOW diabetes, adakah anda penghidap diabetes?
Malaysia menyaksikan populasi diabetes tertinggi di Asia juga antara tertinggi di dunia sehingga memaksa negara membelanjakan sebanyak RM4.4 bilion setiap tahun bagi tujuan rawatan penyakit tersebut.

Trend diabetes membimbangkan, beban kos rawatan meningkat - KP Kesihatan
Kira-kira 3.9 juta orang dewasa menghidap diabetes di Malaysia dan hampir separuh tidak menyedari status penyakit mereka.

Dr Iskandar lakar sejarah profesor diabetes pertama Universiti Nottingham
Dr Iskandar menyifatkan pencapaian beliau itu adalah berkat usaha dan penat lelah yang tidak pernah mengenal erti jemu sekali gus pengiktirafan tertinggi buat dirinya di persada antarabangsa.

Rakyat Australia hidap diabetes meningkat tiga kali ganda sejak 20 tahun: Laporan
Dalam tempoh 20 tahun, seorang warga Australia didiagnosis menghidap diabetes setiap lapan minit.

Kerap ulang-alik ke bilik air? Anda mungkin berdepan masalah ini
Ketahuilah bahawa bila anda kerap lakukan perkara sama, ia merupakan indikasi ada sesuatu yang tidak kena.

Inisiatif Saringan Kesihatan Nasional dilancar Julai untuk kesan penyakit tidak berjangkit - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) akan melancarkan inisiatif Saringan Kesihatan Nasional bulan Julai ini bagi mengesan kes-kes penyakit yang tidak berjangkit (NCD) dalam negara.

KKM tidak pernah memperakukan produk ganti ubat rawat diabetes
Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubatan termasuk insulin untuk merawat diabetes dan mengawal gula dalam darah.