MALAYSIA
Trend jenayah "scammer" di Sarawak membimbangkan - Polis
Kes jenayah penipuan atau scammer di Sarawak menunjukkan trend peningkatan ketara, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: Kes jenayah penipuan atau scammer di Sarawak menunjukkan trend peningkatan ketara, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata.
Beliau berkata dari 1 Jan hingga 30 Julai tahun ini, sebanyak 2,256 kertas siasatan jenayah komersial dibuka berbanding 1,398 kes dalam tempoh sama tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 858 kes.
"Peningkatan jumlah kes turut melibatkan nilai kerugian yang meningkat. Dari 1 Jan hingga 30 Julai tahun ini, nilai kerugian mangsa penipuan di Sarawak mencecah RM77.7 juta, peningkatan sebanyak RM24.8 juta berbanding RM52.9 juta bagi tempoh sama pada 2024.
"Jika trend kenaikan ini tidak dibendung, jumlah kerugian dijangka melepasi RM100 juta bagi 2025," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mancha berkata berdasarkan data, majoriti mangsa penipuan terdiri daripada golongan berumur dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun.
"Kebanyakan mangsa terdiri daripada pekerja swasta, penjawat awam, pesara dan selebihnya pelajar serta golongan yang bekerja sendiri," katanya.
Beliau berkata modus operandi pihak terlibat juga semakin licik dan bijak dalam memanipulasi mangsa dengan pelbagai taktik penipuan termasuk scam jual beli dalam talian, pelaburan dan pinjaman wang tidak wujud serta penipuan tawaran pekerjaan.
-- BERNAMA