awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trend pendaratan penyu belimbing, lipas di Malaysia membimbangkan

Bernama
Bernama
01/10/2020
23:28 MYT
Trend pendaratan penyu belimbing, lipas di Malaysia membimbangkan
Mohd Fauzi (kiri) dan Sharum (kanan) bersama wakil syarikat swasta melepaskan tiga penyu dewasa sempena majlis penghargaan dan pelepasan penyu bersama peranti PTT, di Padang Kemunting, Pengkalan Balak, 1 Okt, 2020. --fotoBERNAMA
ALOR GAJAH:Trend pendaratan penyu belimbing dan lipas di Malaysia dilihat semakin membimbangkan kerana ia semakin terancam disebabkan faktor ancaman semula jadi serta manusia.
Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan Rantau Abang Sharum Yusof berkata kali terakhir sarang penyu belimbing ditemukan ialah pada 2017 dan apa yang lebih membimbangkan, kedua-dua sarang tidak menetaskan telur.
"Ia menjadi cabaran kepada Jabatan Perikanan bagi melihat kembali bilangan populasi penyu jantan di perairan negara ini berikutan kebanyakan penyu betina hanya mendarat dan bertelur namun sekiranya tidak mengawan, telur penyu tersebut tidak akan menetas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama pada program penghargaan kepada jabatan kerajaan, syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pantai Kemunting, Pengkalan Balak yang turut dihadiri Pengarah Perikanan Melaka Mohd Fauzi Salehon di sini pada Khamis.
Beliau berkata bagaimanapun bagi penyu karah, Melaka mencatat jumlah pendaratan tertinggi di Malaysia bagi spesies tersebut iaitu 548 dengan 19 lokasi dikenal pasti pada tahun lepas.
Penyu karah dewasa berusia lima tahun yang dipasang peranti PTT dilepaskan ke laut sempena majlis di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Alor Gajah, 1 Okt, 2020. --fotoBERNAMA
Penyu karah dewasa berusia lima tahun yang dipasang peranti PTT dilepaskan ke laut sempena majlis di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Alor Gajah, 1 Okt, 2020. --fotoBERNAMA
Terdahulu, turut dilepaskan pada program itu ialah 500 ekor anak penyu dan penyu karah dewasa yang dilengkapi peranti Platform Transmitter Terminal (PTT) sumbangan syarikat Sun Power Malaysia Manufacturing Sdn Bhd.
Pemasangan alat peranti itu bertujuan mendapatkan data laluan pergerakan dan migrasi penyu karah di laluan Selat Melaka selain mengetahui pemakanan dan habitat penyu berkenaan.
Dalam pada itu, Sharum berharap lebih banyak syarikat swasta dan NGO terlibat serta bekerjasama dalam aktiviti konservasi dan pemuliharaan penyu bagi menjamin kelestarian populasi haiwan tersebut di negara ini.
Pada program di Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Alor Gajah semalam, sebanyak 500 anak penyu karah dan tiga penyu dewasa dilepaskan ke laut. --fotoBERNAMA
Pada program di Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Alor Gajah semalam, sebanyak 500 anak penyu karah dan tiga penyu dewasa dilepaskan ke laut. --fotoBERNAMA
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyu belimbing
#terancam
#penyu lipas
#jabatan perikanan
#penyu
#PTT
#alat peranti
#Mohd Fauzi Salehon
#Melaka
#NGO
#Pengkalan Balak
#pendaratan
#membimbangkan
#populasi penyu
#Sharum Yusof
#Rantau Abang
#konservasi
#pemuliharaan penyu
#lestari
#penyu karah
#migrasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan