[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
INTREND

[TRENDING] Lelaki Harapan Dunia mengungguli kemenangan di FFM 27

Astro Publication 07/09/2015 | 08:44 MYT
1-(1).jpg
Festival Filem Malaysia ke 27, selesai melabuh tira pada Sabtu lepas. Anugerah berprestij ini memberi pengiktirafan kepada mereka yang terlibat dengan dunia perfileman tidak kira pelakon, pengarah mahupun di sebalik tabir.
Berlangsung di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre, menyaksikan berberapa filem mempertandingkan hasil karya mereka. Anugerah yang paling ditunggu pada malam tersebut ialah anugerah utama iaitu Filem Terbaik yang telah dimenangi oleh filem Lelaki Harapan Dunia dari Everythings Film Sdn Bhd. Mlah File mini juga turut memenangi anugerah lain seperti Pengarah Terbaik, Cerita Asal Terbaik, dan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik.
Pentas FFM 27 lebih hangat lagi dengan gandingan dua pengacara serba boleh iaitu Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad. Suasana majlis lebih meriah lagi dengan persembahan daripada artis-artis ternama seperti Hazama, Misha Omar, Amy Search, Amir Jahari serta Joe Flizzow dan SonaOne.
Festival Filem Malaysia ke 27 kali ini, memberi persaingan yang sengit dalam percalonan pada malam tersebut. Ramai yang sudah menjangka filem Lelaki Harapan Dunia meraih kemenangan besar berdasarkan kauliti keseluruhan filem. Selain itu, Astro Shaw juga merangkul 10 daripada 20 anugerah pada malam tersebut.
Filem The Journey juga meraih 4 anugerah iaitu Anugerah Box Office, Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Lee Sai Ping. Selain itu, Pengarah Veteran Othman Hafsham turut diberi pengiktirafan sebagai Karyawan Sepanjang Zaman.
Tahniah diucapkan kepada pemenang pada Festiva Filem Malaysia ke 27. Barisan pemenang-pemenang lain dapat anda lihat di bawah:
Filem Terbaik
Lelaki Harapan Dunia: Everythings Film Sdn Bhd
Pengarah Terbaik
Liew Seng Tat : Lelaki Harapan Dunia
Pelakon Lelaki Terbaik
Lee Sai Peng : The Journey
Pelakon Wanita Terbaik
Fazura : Manisnya Cinta Di Cappadocia
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Amirul Afendi : Terbaik Dari Langit
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Nadiya Nissa: Terbaik Dari Langit
Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu Terbaik
The Journey
Cerita Asal Terbaik
Liew Seng Tat : Lelaki Harapan Dunia
Penyunting Terbaik
Adilan Azemi : Dollah Superstar
Sinematografi Terbaik
Eric Yeong : The Journey
Lakon Layar Terbaik
Mamat Khalid : Amir & Luqman Pergi Ke Laut
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Raykarl Iskandar: Lelaki Harapan Dunia
Pelakon Harapan Wanita
Dawn Cheong: Cuak
Pelakon Harapan Lelaki
Kodi Rasheed: Ophilia
Pengarah Harapan
Raja Mukhriz: Ophilia
Filem Box-Office
The Journey
Karyawan Sepanjang Zaman
Othman Hafsham
Anugerah Khas Juri
The Great Lion
Amir & Luqman Pergi Ke Laut
Terbaik Dari Langit

Setinggi tinggi tahniah kepada Lee Sai Peng kerana telah dianugerahkan Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia 27 menerusi filem #thejourney yang telah memecah jualan box office di #ffm27 tahun ini. #ffm27 #festivalfilemmalaysia27 #sehatisejiwa

A photo posted by FestivalFilemMsia27 (@ffm27official) on

Tahniah !! Filem #lelakiharapandunia telah diangkat sebagai pemenang Anugerah Filem Terbaik pada malam gilang gemilang Festival Filem Malaysia yang ke-27. #ffm27 #festivalfilemmalaysia27 #sehatisejiwa

A photo posted by FestivalFilemMsia27 (@ffm27official) on

Tahniah @nadnisaa diatas kemenangan di #ffm27 #Repost @nadnisaa with @repostapp. ・・・ Syukur Alhamdullilah! My "very me" winning look by #innaired @innaigroup! I love every piece of this look. And also this comfy heels by @distrokl.

A photo posted by FestivalFilemMsia27 (@ffm27official) on

@missfazura (#manisnyacintadicappadocia) merupakan pemenang bagi anugerah Pelakon Wanita Terbaik sempena FestivalFilemMalaysia yang ke 27. #ffm27 #festivalfilemmalaysia27 #sehatisejiwa

A photo posted by FestivalFilemMsia27 (@ffm27official) on

Kodi Rasheed (#ophilia ) merupakan pemenang bagi anugerah Pelakon Lelaki Harapan Terbaik sempena FestivalFilemMalaysia yang ke 27. #ffm27 #festivalfilemmalaysia27 #sehatisejiwa

A photo posted by FestivalFilemMsia27 (@ffm27official) on

@schaalyahya & @awalashaari sungguh serasi bersama di karpet merah ffm27. #ffm27 #festivalfilemmalaysia27 #sehatisejiwa

A photo posted by FestivalFilemMsia27 (@ffm27official) on

Ucapan khas daripada Liew Seng Tat setelah filem #lelakiharapandunia telah diangkat sebagai Filem Terbaik #ffm27 selain beliau sendiri telah menerima Anugerah Pengarah Terbaik FFM27. #ffm27 #festivalfilemmalaysia27 #sehatisejiwa

A video posted by FestivalFilemMsia27 (@ffm27official) on

##FFM27