UMUR: 34
KERJAYA: Ketua Pegawai Eksekutif MILLIONAIRE SISTERS GROUP @millionairesisterselynn

Sejak bila mengenali bidang unit amanah saham dan insurans?

Saya menyertai bidang ini pada 2002, ketika berumur 19 tahun dan masih menuntut di UiTM lagi. Tetapi syarat kelayakan untuk menceburi bidang ini secara profesional adalah 21 tahun. Saya memilih bidang ini kerana minat untuk menceburi bidang perniagaan. Ia memberi kebebasan kepada saya dalam banyak aspek. Apabila saya telah menetapkan sesuatu matlamat, maka tiada yang mampu mengekangnya melainkan dengan bekerja keras dan berusaha supaya mencapainya. Ia mempunyai daya dorongan yang mendesak saya untuk terus maju ke hadapan. Saya seronok bertemu klien dan berkongsi pandangan malah memberi nasihat dan panduan kepada mereka untuk menguruskan wang dengan baik melalui pelaburan unit amanah saham. Secara tidak langsung, saya dapat melihat perkembangan dan pencapaian dalam hidup yang sudah diraih sepanjang 14 tahun bergelumang dengan dunia kewangan.
MILLIONAIRE-SISTERS.jpg
Cabaran dunia kewangan dan pelaburan dalam keadaan ekonomi sekarang?

Ia adalah satu kitaran yang normal. Istilah keadaan ekonomi yang dialami ketika ini iaitu crash to crash, pasaran semasa pasti akan pulih dalam jangka masa tertentu. Mungkin setahun atau mungkin juga kurang daripada setahun.

Bagaimana anda meyakinkan klien untuk membuat pelaburan atau simpanan?

Kami mempunyai manual sales script. Ia bermula dengan latihan demi latihan yang komprehensif. Dalam masa sama imej dan keterampilan yang saya gayakan banyak membantu untuk meyakinkan mereka. Misalnya dalam keadaan ekonomi sekarang, ia adalah masa yang sesuai untuk membuat pelaburan kerana rata-ratanya harga dan nilai masih rendah. Ini masanya untuk saya mendidik dan memberikan panduan kepada mereka, apa yang terbaik perlu dilakukan. Mengenali sifat dan keterbukaan rakyat Malaysia kini lebih banyak berubah sesuai dengan perkembangan semasa. Kini semakin ramai yang mengetahui tentang pentingnya pelaburan untuk menikmati pulangan yang berlipat kali ganda.