[TRENDING] Pemergiaan Seniwati Mariani tinggal kenangan dalam industri seni tanah air

Astro Publication
Disember 2, 2015 05:03 MYT
Kehilangan bintang lagenda seni tanah air menjadi kenangan dalam industri seni. Pemergiaan Seniwanti Mariani atau Mariam Ismail telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7.32 malam. Allahyarhamah Mariani meninggal dunia dipercayai akibat kanser usus di kediaman anak perempuanya di Taman Kosmo Jaya, Sentul malam tadi. Berita ini telah disampaikan oleh anaknya sendiri, Melissa Saila melalui akaun media sosialnya. Jenazah dimandikan di Masjid Al Hidayah, Jalan Sentul dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang pada jam 11.30 pagi hari ini. Pusara Mariani ditempatkan bersebelahan pusara adiknya, biduanita Puan Sri Saloma dan biduan negara Tan Sri P.Ramlee . Salam takziah buat untuk keluarga Allahyarhamah Seniwati Mariani. Al-Fatihah.
##SeniwatiMariani