INTREND
[TRENDING] Tahniah! Hanez Suraya selamat lahirkan bayi perempuan
Pelakon Hanez Suraya Abdul Aziz, selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.5 kilogram pada 29 Disember 2015, jam 9.48 malam. Hanez melahirkan secara normal di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Bayi perempuan ini adalah perkongsian hidup antara Hanze dan suaminya, Romie Razin Adiha Abd Jais. Hanez dan suami serta keluarga amat bersyukur di atas kelahiran bayi sulungnya. Tahniah kepada Hanze dan suami dia atas kelahiran puteri sulung mereka. Pastinya peminat Hanze Suraya juga tidak sabar nama apakah yang bakal diberi oleh mereka.