KUANTAN:Trizure International (Malaysia) Sdn. Bhd. memperuntukkan kira-kira RM200,000 bagi menyampaikan sumbangan untuk misi bantuan banjir kepada 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara.
Sumbangan terbabit adalah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu bagi membantu sukarelawan NGO menggerakkan misi bantuan banjir mereka di seluruh negara.
Majlis penyampaian sumbangan itu disempurnakan oleh Pengerusi Trizure International, Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir di Tanjung Lumpur, di sini hari ini.
Yang hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah Trizure International, Datuk S. Silvarajah dan Datuk Jeffrey Zainal Abidin.
Zuhairi berkata, apa diharapkan sumbangan itu dapat membantu NGO terlibat untuk menggerakkan misi bantuan banjir sekali gus membantu mangsa yang terlibat dengan musibah berkenaan.
"Sumbangan ini sebagai persediaan kepada NGO terlibat untuk membantu bersama pihak kerajaan bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan," katanya.
Zuhairi dalam pada itu berkata, Trizure International kini dalam usaha mewujudkan sebuah platform secara dalam talian bagi membantu golongan B40 dan M40 memasarkan produk perniagaan mereka.
Syarikat itu, jelasnya, dalam proses mewujudkan aplikasi seperti Lazada, Shopee yang akan membantu mempromosikan produk perniagaan golongan berkenaan secara dalam talian.
"Usaha Trizure International ini adalah selaras saranan kerajaan yang menggalakan perniagaan secara digital pada era norma baharu ekoran penularan pandemik Covid-19 pada ketika ini.
"Tentunya kaedah perniagaan secara dalam talian ini akan memudahkan dan menjimatkan golongan peniaga khususnya kumpulan B40 dan M40," katanya.
Astro Awani
Sun Nov 29 2020

Zuhairi Ab. Kadir (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan untuk misi bantuan banjir kepada wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang hari ini.

AWANI Ringkas: Ahli sindiket dadah terbesar negara didakwa esok | Lima termasuk wanita hamil maut dalam kejadian tembakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (3:00PM).

Berlabuh tanpa kebenaran, kapal tangki ditahan
Kapal yang berdaftar di Sierra Leone itu membawa muatan minyak dalam perjalanan dari Linggi ke Indonesia.

#throwback Sofia Jane: "Inilah memorabilia saya"
Perkongsian foto-foto dan cerita lama Sofia Jane di Twitter mendapat perhatian peminat-peminatnya.

Empat pemain kelab bola sepak Brazil maut nahas pesawat
Presiden kelab itu yang turut menaiki penerbangan sama juga meninggal dunia dalam nahas itu setelah pesawat tiba-tiba terhempas di hujung landasan semasa berlepas.

17 individu di Melaka dikompaun gara-gara berjoging di taman awam
Semua taman awam di kawasan PKP ditutup dan tiada sebarang aktiviti sukan atau riadah dibenarkan sepanjang tempoh perintah itu.

Lelaki mengaku tidak sengaja bunuh ibu kandung
Seorang pekerja syarikat pembersihan mengaku bersalah atas tuduhan membunuh ibu kandungnya sendiri berusia 64 tahun pada Mei tahun lalu.

Bekerja secara 'remote', norma baharu warga Astro AWANI
Pandemik COVID-19 yang melanda sejak tahun memaksa banyak perubahan dilakukan untuk meneruskan kehidupan dan tugasan seharian. Namun, dengan bantuan teknologi, komunikasi dan kerjasama yang padu, WFH tidak menganggu kelancaran siaran buletin Astro AWANI. Tonton video ini.

Industri Sawit | Paling terdedah kekurangan buruh
Menurut Felow Pelawat Kanan Khazanah Research Institute (KRI), Prof. Dr Datin Paduka Fatimah Mohamed Arshad, pengurangan itu akan menyebabkan pengeluaran menurun hampir separuh serta berdepan pengurangan sebanyak 80 peratus yang akan menyebabkan keruntuhan sistem.

Politik | Pemuda UMNO Perak teguh bersama Zahid
Pemuda UMNO Perak menyelar tindakan sesetengah pihak yang mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada jawatan nombor satu parti itu.

13 anggota sindiket dadah terbesar di Johor didakwa esok - Ayob Khan
13 anggota sindiket dadah terbesar negara termasuk ketua sindiket terbabit dan teman wanitanya selaku 'akauntan' akan didakwa di mahkamah Majisteret pada Selasa.

PdPR: Wujudkan jawatankuasa khas selesaikan kekurangan peranti, internet
Kerajaan disaran mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi menyelesaikan masalah alat peranti dan capaian internet dihadapi pelajar untuk meneruskan proses PdPR.

PdPR: Melaka galak NGO, syarikat swasta bantu murid luar bandar
Kerajaan negeri Melaka menggalakkan lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta menghulurkan bantuan kepada murid dan pelajar di luar bandar.

Saringan COVID-19 yakinkan NGO bantu mangsa banjir - Ahli Parlimen Jerantut
Saringan COVID-19 yang perlu dijalankan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum memberi bantuan kepada mangsa banjir memberi lebih keyakinan kepada petugas berkenaan dalam isu keselamatan.

JAWI Food Bank salur bantuan RM275,000 kepada mangsa banjir di Pahang dan Kelantan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui JAWI Food Bank dengan kerjasama masjid-masjid di Wilayah Persekutuan serta rakan strategik memperuntukkan sebanyak RM275,000.

300 mangsa banjir, sukarelawan terima bantuan dari NGO
Kira-kira 300 mangsa menerima bantuan termasuk sukarelawan terutama yang bertugas bagi APM sepanjang bencana ini.

Hantar bantuan banjir perlu kebenaran polis, digalakkan jalani saringan - Ismail Sabri
Pergerakan bagi menghantar bantuan kepada mangsa banjir di beberapa negeri hendaklah mendapat kebenaran daripada pihak polis.

NGO dinasihat buat saringan COVID-19 sebelum bantu mangsa banjir - Ismail Sabri
Orang ramai serta badan bukan kerajaan (NGO) khususnya dari zon merah yang ingin membantu mangsa terjejas banjir disarankan melakukan ujian saringan COVID-19.

Tidak perlu panik, kerajaan beri masa rakyat bersedia - Ismail Sabri
Kerajaan akan memberi tempoh secukupnya untuk rakyat bersedia sebelum melaksanakan sebarang tindakan mengawal jangkitan COVID-19 yang menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini.

NGO mahu PDRM siasat kesahihan akuan bersumpah sokongan kepada Anwar
Polis perlu menyiasat kesahihan surat sokongan daripada Ahmad Zahid kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular baru-baru ini.

NGO perlu elak beli barangan bantuan di kawasan banjir
Pembelian barangan keperluan secara pukal di kawasan terjejas juga dikhuatiri memberi persepsi negatif dan situasi panik.