KUALA LUMPUR: Kelibat petugas Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berada di beberapa stesen Transit Aliran Ringan (LRT) bagi membantu memudahkan pergerakan penumpang susulan penutupan LRT Laluan Ampang antara stesen Masjid Jamek dan stesen Bandaraya mendapat pujian ramai.
Tinjauan Bernama di stesen Hang Tuah mendapati meskipun berlaku penambahan luar biasa jumlah penumpang pada waktu puncak, kehadiran petugas Prasarana atau digelar 'Troopers' itu telah berjaya mengawal keadaan dan melancarkan pergerakan penumpang di stesen LRT yang terlibat.
Mereka yang ditugaskan mengikut syif itu sentiasa bersedia membantu penumpang LRT dengan ada dalam kalangan mereka memegang sepanduk dan menggunakan pembesar suara bagi menyampaikan informasi laluan dengan lebih jelas dan dapat didengari.
Pengguna tegar LRT terutamanya mereka yang menjadikan perkhidmatan tersebut sebagai pengangkutan ulang-alik ke tempat kerja pula kelihatan sudah memahami perubahan laluan sementara yang telah ditetapkan oleh pihak Prasarana.
Seorang petugas Prasarana, Farah Nassuha Mohammad Rafi berkata beliau gembira ditugaskan dalam situasi tersebut kerana berpeluang berkomunikasi secara terus dengan penumpang LRT bagi membantu menyampaikan informasi perjalanan.
"Walaupun terpaksa berdiri lama dan memberi arahan dalam keadaan penumpang LRT yang sesak, tapi saya berpuas hati apabila dihargai dengan ada yang thumbs up dan mengucapkan terima kasih terhadap apa yang kami lakukan," katanya.
Farah Nassuha yang telah ditugaskan sejak hari pertama kejadian berkata beliau dapat melihat penumpang LRT kini sudah peka dengan perubahan laluan yang berlaku berbanding pada peringkat awal mereka masih keliru dan kehairanan.
Pada 27 Jan lepas, perkhidmatan LRT laluan Ampang mengalami kelewatan atas faktor keselamatan akibat penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen Bandaraya selain kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan dipercayai disebabkan kerja-kerja pembinaan di kawasan bersebelahan.
Susulan itu, Prasarana terpaksa menutup laluan antara stesen Masjid Jamek dan stesen Bandaraya dan penumpang LRT terpaksa menggunakan laluan alternatif yang disediakan termasuk bas bagi meneruskan ke destinasi masing-masing.
Prasarana turut menempatkan seramai 348 kakitangannya merangkumi anggota polis bantuan dan kakitangan sokongan berada di stesen-stesen utama bagi mengawal pergerakan dan perjalanan penumpang LRT.
Seorang penumpang LRT, Azian Abdullah berkata berikutan penutupan sementara LRT Laluan Ampang antara stesen Masjid Jamek dan stesen Bandaraya, beliau terpaksa turun di Stesen Hang Tuah dan menggunakan monorel ke Stesen Titiwangsa untuk ke tempat kerja.
"Saya tinggal di Ampang dan lazimnya akan menggunakan LRT Laluan Ampang bermula dari Stesen Cempaka terus ke Stesen Titiwangsa, tapi sekarang terpaksa menggunakan laluan alternatif yang telah disediakan.
"Pada awal agak kelam-kabut dan ragu-ragu kerana tidak tahu situasi pergerakan, tapi lama-kelamaan keadaan semakin ok ditambah pula dengan penjelasan yang diberikan petugas Prasarana yang sangat membantu," katanya.
Tinjaun di laman sosial Facebook Rapid KL, orang ramai turut menghamburkan pujian dan memberi kata-kata semangat atas dedikasi petugas yang membantu penumpang LRT dalam situasi mencabar itu.
Noor Ellina Jaafar berkata, "tengok muka petugas yang letih rasa kesian...cuma mampu tunduk sikit tanda hormat dan cakap 'terima kasih', Amazing team!'.
Kak Lel pula menulis, "Saya salute petugas Rapid KL. Sangat clear depa nya arahan. Penumpang tak pening nak ke destinasi masing-masing".
Turut meluahkan perkara sama Liana Yanaz yang berkata, "Saya naik, start dari hari pertama train ini problem sampai la sekarang, Alhamdulillah nampak semua staf sangat membantu..kesian dekat diorang yang menjerit-jerit sampai ada yang tiada suara.. apa-apa pun,terima kasih Rapid KL team."
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2023

Petugas Prasarana yang digelar 'Troopers' itu ada yang memegang sepanduk dan menggunakan pembesar suara bagi menyampaikan informasi laluan dengan lebih jelas dan dapat didengari. - Twitter BERNAMA

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.

Arab Saudi, Kuwait umumkan hari pertama Ramadan pada Khamis (23 Mac)
Arab Saudi dan Kuwait mengumumkan hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis (23 Mac 2023).

Kylian Mbappe dilantik kapten pasukan Perancis
Penyerang sensasi, Kylian Mbappe dilantik sebagai kapten Perancis baharu menggantikan Hugo Lloris yang bersara daripada arena bola sepak antarabangsa.

Sushi mampu milik pilihan pelanggan di Kaherah
Seorang peniaga Mohamed Samir menjual sekeping sushi pada harga mampu miliki di sekitar kawasan Kaherah, Mesir.

Gembira dalam kesedihan menjelang Ramadan
Persiapan menjelang ramadan bagi penduduk Batu Pahat terbantut apabila kelengkapan musnah dihanyutkan banjir.

China ulangi pendirian tidak tawar bantuan kepada Rusia
China sekali lagi mengulangi pendirian tidak pernah terlibat menawarkan senjata kepada sekutunya berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.

Persiapan Ramadan di Afghanistan sederhana
Persiapan Ramadan di Afghanistan suram memandangkan negara itu berdepan dengan krisis ekonomi yang berlarutan sejak Taliban mengambil alih pentadbiran negara.

Prayuth bakal berdepan situasi ketidaktentuan
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan O-Cha dijangka berdepan situasi ketidaktentuan sekiranya dilantik semula bagi jawatan itu jika menang dalam Pilihan Raya Umum negara itu pada Mei depan.

Gereja di Burlington musnah akibat kebakaran
Kebakaran besar tercetus melibatkan sebuah gereja di Burlington, New Jersey, Amerika Syarikat pada Isnin dengan api dilaporkan mula merebak sejak pukul 6 petang.

Kerajaan tubuh Majlis Madani untuk terjemahkan konsep - Ahmad Zahid
Kerajaan menubuhkan Majlis Madani bagi menterjemahkan konsep kerajaan Madani melibatkan semua pihak di negara ini. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, majlis itu akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai program berkonsepkan masyarakat Malaysia Madani.

Hanya dua tren LRT beroperasi antara Sentul Timur dan Bandaraya
Menurut Rapid Rail, beberapa tren terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan atas faktor keselamatan.

LRT tergendala: MOT punya hak ambil tindakan undang-undang, tuntut pampasan - Anthony Loke
Tindakan itu tidak boleh dibuat sekarang kerana pihaknya mahu memastikan projek baik pulih dilaksanakan terlebih dahulu.

LRT rosak bukan sebab negara tiada pakar - Anthony Loke
Dakwaan sedemikian dibuat secara umum, serta tidak mengambil kira punca sebenar masalah.

'Troopers' Prasarana bantu pergerakan penumpang di stesen LRT raih pujian ramai
Meskipun berlaku penambahan luar biasa penumpang waktu puncak, kehadiran Troopers mampu mengawal keadaan dan melancarkan pergerakan.

Gangguan LRT: Rapid Bus, DBKL kerjasama lancarkan perjalanan bas
Rapid Bus mendapat sokongan dan kerjasama daripada DBKL bagi melancarkan perjalanan bas perantara yang menyokong perkhidmatan alternatif LRT laluan Ampang.

Laluan LRT Masjid Jamek, Bandaraya ditutup dua minggu - Menteri Pengangkutan
Penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan struktur jejambat yang mengalami keretakan dilakukan.

Pembaikan jajaran LRT laluan Ampang dijangka selesai dalam dua minggu
Kementerian Pengangkutan (MOT) menjangkakan kerja-kerja pembaikan jajaran perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi laluan Ampang berdekatan stesen Bandaraya yang mengalami kerosakan struktur, sel

Tinjauan LRT: Rapid KL tambah 200 kakitangan sokongan, 34 bas perantara percuma
Bagi melancarkan perjalanan penumpang, Rapid KL menambah 200 lagi kakitangan sokongan bagi mengawal situasi di empat stesen perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) bermula hari ini.

Rapid KL tambah 200 lagi kakitangan sokongan bantu kelancaran pergerakan penumpang
Antara stesen LRT terlibat ialah Masjid Jamek, Hang Tuah, Bandaraya, dan Plaza Rakyat.

Landasan LRT bengkok: DBKL arah henti kerja projek Menara SOHO
Ia susulan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Ampang yang berlaku baru-baru ini, dipercayai akibat penjajaran landasan yang bengkok.