awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump akan lawat Malaysia, Jepun, Korea Selatan

Bernama
Bernama
21/10/2025
01:15 MYT
Trump akan lawat Malaysia, Jepun, Korea Selatan
Trump dijangka mengadakan lawatan tiga hari ke Jepun mulai 27 Okt selepas menghadiri persidangan serantau di Malaysia yang turut disertai negara-negara Asia Tenggara dan rakan-rakan sekutunya. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin berkata, beliau akan mengadakan lawatan ke Malaysia, Jepun dan Korea Selatan dalam masa terdekat sambil menegaskan hasratnya untuk terus "bersikap baik terhadap China", lapor Agensi Berita Kyodo.
Meskipun ketegangan perdagangan antara AS dan China kembali meningkat, Trump sekali lagi menzahirkan nada optimis menjelang kemungkinan pertemuannya dengan Presiden China Xi Jinping minggu depan di Korea Selatan.
"Kami akan mengadakan perjanjian yang adil. Saya mahu bersikap baik terhadap China. Saya amat menghargai hubungan saya dengan Presiden Xi," kata Trump di White House ketika sesi panjang bersama wartawan semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
"Kami fikir itu tempat yang sesuai untuk bertemu, dan kami akan bertemu. Saya akan berada di Malaysia, saya akan berada di Jepun," katanya.
Trump sebelum ini berulang kali menyatakan bahawa beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Xi apabila kedua-dua mereka berada di Korea Selatan bagi menghadiri sidang kemuncak ekonomi Asia-Pasifik akhir Oktober ini.
Bagaimanapun, ini merupakan kali pertama Trump secara terbuka menyebut rancangan lawatan beliau ke Malaysia dan Jepun. Beliau tidak menghuraikan lebih lanjut mengenai butiran lawatan itu
Sumber kerajaan Jepun memaklumkan, Trump dijangka mengadakan lawatan tiga hari ke Jepun mulai 27 Okt selepas menghadiri persidangan serantau di Malaysia yang turut disertai negara-negara Asia Tenggara dan rakan-rakan sekutunya.
Selepas lawatan ke Jepun, Trump akan meneruskan perjalanan ke Korea Selatan, menurut sumber berkenaan.
Lawatan Asia yang bakal berlangsung ini merupakan yang pertama sejak beliau memulakan penggal kedua sebagai presiden pada Januari lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Trump lawat Malaysia
#ASEAN
#Trump ke Jepun
#sidang kemuncak ekonomi Asia-Pasifik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan