MALAYSIA
Trump larang kemasukan pelawat dari 12 negara

Proklamasi tersebut secara menyeluruh melarang dan mengehadkan kemasukan warganegara dari 12 buah negara termasuk Afghanistan, Myanmar, Chad dan Congo. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Rabu menandatangani satu proklamasi yang melarang kemasukan pelawat dari beberapa negara tertentu atas alasan kebimbangan terhadap keselamatan negara.
Proklamasi tersebut secara menyeluruh melarang dan mengehadkan kemasukan warganegara dari 12 buah negara iaitu Afghanistan, Myanmar, Chad, Congo, Guinea Khatulistiwa, Eritrea, Haiti, Iran, Libya, Somalia, Sudan dan Yaman.
Menurut salah seorang pegawai, kemasukan dari tujuh lagi negara, Burundi, Cuba, Laos, Sierra Leone, Togo, Turkmenistan dan Venezuela akan dikenakan sekatan secara separa.
Laporan mengenai proklamasi perjalanan ini pertama kali disiarkan oleh CBS News.Menurut kenyataan dikeluarkan oleh White House, negara-negara yang dikenakan larangan penuh itu dikenal pasti sebagai tidak mematuhi piawaian dalam proses saringan dan tapisan, serta dianggap berisiko tinggi kepada Amerika Syarikat.
Sepanjang penggal pertamanya sebagai Presiden, Trump pernah mengumumkan larangan perjalanan ke atas tujuh negara majoriti Islam, satu dasar kontroversi yang melalui beberapa pindaan sebelum disahkan oleh Mahkamah Agung pada tahun 2018.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami