SHAH ALAM: Penganjuran Piala Sultan Selangor (TSSC) 2024 pada Ogos depan disifatkan bakal membuka lembaran baharu buat stadium penuh bersejarah negara, Stadium Merdeka.
Pengerusi dan Pengurus Pasukan TSSC Tan Sri Abd Karim Munisar berkata kejohanan itu menjadi penganjuran acara sulung pada mercu tanda tersebut selepas ia ditutup bagi menjalani proses naik taraf pada 2016.
Beliau berkata penganjuran Piala Sultan Selangor itu sendiri, umpama dihidupkan semula selepas acara tahunan tersebut tidak diadakan sejak 2020 berikutan pandemik COVID-19.
"Ini mencetuskan juga idea kepada semua lapisan masyarakat tentang imej Stadium Merdeka itu sendiri. Sejarah Stadium Merdeka yang lepas ni dicetus melalui Piala Sultan Selangor yang akan diadakan pada 17 Ogos.
"Ia adalah pemasaran yang baik untuk stadium itu sendiri. Kita juga menggalakkan penggunaan kenderaan awam sebab banyak pembinaan sedang berlaku di Stadium Merdeka dan tak akan tamat. Pihak Prasarana Malaysia Bhd juga bersetuju melanjutkan masa sehingga 12 tengah malam pada waktu itu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat dan Majlis Berbuka Puasa Jawatankuasa TSSC, di sini semalam yang turut dihadiri Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Stadium Merdeka yang menjadi mercu tanda penuh bersejarah tanah air, sebelum ini ditutup bagi kerja pemuliharaan dan penambahbaikan.
Proses baikpulih itu dijangka siap pada April atau Mei dan perkembangannya turut dipantau Permodalan Nasional Berhad (PNB) selaku pihak pengurusan stadium.
Stadium Merdeka dianggap sebagai keajaiban kejuruteraan Persekutuan Tanah Melayu apabila mula dibina pada 1956 dan siap dalam tempoh setahun.
Ia menjadi tuan rumah bagi detik paling bersejarah apabila Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengisytiharkan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.
Di samping penganjuran Piala Sultan Selangor yang dianggap ikonik - kejohanan yang dianjurkan sejak 2001 itu menjadi gelanggang aksi persahabatan bagi dua musuh tradisi Liga Malaysia era semi Pro, Selangor dan Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024
Stadium Merdeka yang menjadi mercu tanda penuh bersejarah tanah air, sebelum ini ditutup bagi kerja pemuliharaan dan penambahbaikan. - Foto fail/BERNAMA
China pertahan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China sebelum ini mendakwa Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menggelar Lai sebagai 'pemisah berbahaya' yang akan membawa 'perang dan kemerosotan' ke pulau itu.
Rusia tahan seorang lagi Leftenan Jeneral
Agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan melaporkan Mahkamah tentera pada Rabu memerintahkan Shamarin, dipenjarakan selama dua bulan.
Beberapa penumpang cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Dr Adinun Kittiratanapaibool berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pesakit akan lumpuh kekal.
Mahkamah Perlembagaan Thailand terima petisyen pecat Srettha
Barisan hakim mengundi dengan keputusan enam menyokong dan tiga menentang, untuk menerima petisyen berkenaan serta memberi tempoh 15 hari bagi Srettha respons kepada kes itu.
Ribuan berarak, beri penghormatan kepada Ebrahim Raisi
Penghormatan terakhir diberikan kepada Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya yang maut dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Suara Rakyat: Para nelayan harap tidak beri kesan kepada komuniti maritim
Rasionalisasi subsidi yang akan dilaksanakan kerajaan diharap tidak memberi kesan kepada para nelayan.
1 pekerja maut, 2 di ICU selepas terhidu gas beracun di loji rawatan air Singapura
Siasatan awal menunjukkan pekerja asing tersebut telah terhidu hidrogen sulfida, gas yang dihasilkan daripada enap cemar, iaitu sisa daripada proses rawatan air.
Pendidikan TVET, industri halal Malaysia-Hong Kong digiatkan
Hong Kong bersedia berkongsi kepakaran dalam pendidikan teknikal dan vokasional dengan Malaysia.
Tidak timbul isu lewat selesai skolah daif, pelaksanaan ikut giliran dan jadual
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan tidak timbul isu lewat naik taraf sekolah daif kerana ia dilaksanakan mengikut giliran dan jadual ditetapkan kerajaan.
Polis terima dua laporan pelajar dibelasah Geng 24
Polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung sekumpulan pelajar sekolah yang dibelasah selepas dipercayai dipaksa menyertai kumpulan haram Geng 24 di Bandar Sungai Long, Kajang.
TSSC 2024 buka lembaran baharu buat Stadium Merdeka - Abd Karim
TSSC 2024 pada Ogos depan disifatkan bakal membuka lembaran baharu buat stadium penuh bersejarah negara, Stadium Merdeka.