Tuan Ibrahim adakan pertemuan dengan wakil Singapura

Sinar Harian
Mei 3, 2023 23:02 MYT
Tuan Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Shivakumar Nair dan Bhargav Sriganesh bagi membincangkan keadaan politik tanah air serta PRN. - Foto Twitter Tuan Ibrahim
SHAH ALAM: Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengadakan pertemuan bersama Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Shivakumar Nair dan Setiausaha Pertama (Politik) Suruhanjaya Tinggi Singapura, Bhargav Sriganesh bagi membincangkan keadaan politik tanah air serta Pilihan Raya Negeri (PRN).
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, perbincangan itu turut melibatkan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau Hoe Chai.
“Perbincangan kami berkisar pandangan Pas serta Perikatan Nasional (PN) kepada keadaan politik tanah air, PRN.
“Kami juga komited bahawa PN adalah satu kesepakatan politik buat semua rakyat Malaysia yang sentiasa menjunjung nilai-nilai murni,” katanya dalam ciapan di Twitternya pada Rabu. - Sinar Harian

Hari ini bertemu Tuan Shivakumar Nair, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Singapura dan Tuan Bhargav Sriganesh, Setiausaha Pertama (Politik) Suruhanjaya Tinggi Singapura. Perbincangan kami berkisar pandangan PAS serta PN kpd keadaan politik tanahair, Pilihan Raya Negeri. pic.twitter.com/FeDGnMs97D

— Tuan Ibrahim Tuan Man (@titm_official) May 3, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Tuan Ibrahim Tuan Man #Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Singapura #Perikatan Nasional #kesepakatan politik