awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua panel Gaza sifatkan kehilangan nyawa "menyayat hati", gesa patuhi gencatan senjata
Kumpulan pecah cermin kereta dan curi tumpas, lima ditahan
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuan Ibrahim berbahasa Melayu di Scotland

Sinar Harian
Sinar Harian
10/11/2021
15:42 MYT
Tuan Ibrahim berbahasa Melayu di Scotland
Tampil segak dengan bersut dan kopiah hitam, Tuan Ibrahim menyampaikan kenyataan negara pada konvensyen berkenaan selama kira-kira tiga minit. - Gambar/ Astro AWANI
SHAH ALAM : Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kemunculan pada Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) di Glasgow, Scotland dengan menyampaikan ucapan dalam bahasa Melayu.
Tampil segak dengan bersut dan kopiah hitam, Tuan Ibrahim menyampaikan kenyataan negara pada konvensyen berkenaan selama kira-kira tiga minit.
Beliau mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri sesi rundingan Segmen Peringkat Tinggi di UNFCCC COP-26 yang sedang berlangsung bermula 31 Oktober hingga 12 November ini.
Malaysia dijangka akan menandatangani Deklarasi Pemimpin mengenai Hutan dan Guna Tanah (Glasgow Leaders' Declaration on Forest and Land Use) dan Ikrar Metana Global (Global Methane Pledge) bagi menunjukkan komitmen dan usaha progresif negara untuk melaksanakan tindakan perubahan iklim yang akan menyumbang kepada matlamat global.
BACA: COP26: Malaysia sokong Ikrar Metana Global, sasar pelepasan GHG sifar pada 2050 - Tuan Ibrahim
Kemunculan Tuan Ibrahim itu sekali gus menutup mulut banyak pihak yang membidasnya kerana tidak hadir ke acara berkenaan.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebelum ini misalnya, mengkritik beliau tidak hadir pada persidangan itu memandangkan rakan sejawatan Tuan Ibrahim dari negara lain sudah berada di COP26 untuk berbincang cara menangani perubahan iklim.
Malah, ada juga kalangan netizen yang berpandangan beliau tidak ke Scotland kerana takut berbahasa Inggeris.
Artikal asal di Sinar Harian: Tuan Ibrahim berbahasa Melayu di Scotland
Topic Berkaitan
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#Glasgow
#Bahasa Melayu
#COP26
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan