Tuan Ibrahim, empat anak dan seorang cucu positif COVID-19

Faris Danial Razi
Disember 26, 2021 11:32 MYT
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man disahkan positif COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man disahkan positif COVID-19.
Beliau yang juga Timbalan Presiden Pas dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, empat orang anak dan seorang cucunya turut dijangkiti virus tersebut.
“Mohon doa semua. Saya, empat orang anak dan seorang cucu telah disahkan positif COVID-19. Kami telah menjalani kuarantin beberapa hari lalu.
“Seorang cucu selamat dilahirkan semalam dan disahkan negatif tetapi ibunya masih ditahan di Hospital Sungai Buloh,” ujarnya.
#Tuan Ibrahim Tuan Man #COVID-19 #PAS #Facebook