Tuan presiden, apa yang membuat anda gembira?

Shein Shanin
April 27, 2014 14:22 MYT
Detik kegembiraan buat Obama antaranya adalah ketika bersama keluarga
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memberikan takrifan apa yang membuat beliau gembira ketika sesi soal jawab kepada lebih 100 pemimpin muda peserta Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) dalam satu majlis dialog di Universiti Malaya pada Ahad.
Ketika ditanya oleh salah seorang peserta dari negara Indonesia yang hadir apakah erti kegembiraan buatnya? Obama berkata "itu satu soalan (berbentuk) falsafah penting!"
Obama menjawab, antaranya keluarga, rasa berintergriti dan kekal dengan kepercayaannya.
Ikuti video sesi soal jawab terbabit.
Berikut adalah beberapa petikan daripada sesi terbabit yang diucapkan Obama.
#Barack Obama #Najib Razak #yseali