Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan berangkat ke Majlis Santapan Bersama Undang Luak Johol di Johol dekat sini, sempena Istiadat Kerjan ke-15 di sini, malam ini.
Turut berangkat ialah isteri baginda, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud dan kedua-dua putera baginda Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al-'Abidin.
Keberangkatan tiba baginda diiringi Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.
Hadir sama Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin, Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Hassan Malek dan barisan exco kerajaan negeri.
Terdahulu, Tuanku Muhriz bersama isteri, kedua-dua putera baginda dan Undang Luak Johol Datuk Muhammed Abdullah, diarak menaiki pedati menuju ke majlis santapan berkenaan.
Kira-kira 1,000 tetamu hadir termasuk penduduk Johol, yang turut sama meraikan pelantikan Muhammed sebagai Undang Luak Johol ke-15.
Majlis santapan itu menandakan berakhirnya Istiadat Kerjan yang disambut selama lima hari lima malam bermula Khamis lepas. -- Bernama
Bernama
Mon Mar 27 2017
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir (kanan) berkenan beramah mesra dengan Undang Luak Johol Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Muhammed Abdullah (kiri) hari ini. - Foto Bernama
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Gangguan bekalan air di Kuala Pilah, Jempol pada 6-7 Ogos
Sebahagian kawasan Kuala Pilah dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama sehari bermula 8 pagi pada 6 Ogos sehingga 8 pagi, 7 Ogos.
Dua calon BN tarik diri, diganti calon lain
BN umum calon baru bagi kerusi DUN Seri Setia dan DUN Johol selepas calon yang diumumkan sebelum ini menarik diri.