MALAYSIA
Tuanku Muhriz berkenan rasmi kejohanan Karate 1-Series A 2025

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir (dua, kiri) berkenan menyempurnakan gimik perasmian Kejohanan Karate 1 Series A 2025 di N9 Arena, hari ini. - Foto Bernama
NILAI: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berkenan berangkat merasmikan kejohanan Karate 1-Series A 2025 di N9 Arena, Nilai di sini.
Ringkasan AI
- Tuanku Muhriz merasmikan Kejohanan Karate 1-Series A 2025 di N9 Arena, Nilai, disertai oleh tokoh antarabangsa termasuk Presiden WKF Antonio Espinos.
- Kejohanan berlangsung tiga hari dengan penyertaan 1,061 atlet dari 84 negara, termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun, Brazil dan Malaysia.
- Pertandingan ini beri mata ranking dunia sebelum Kejohanan Dunia di Paris bulan ini dan Kejohanan Dunia Senior di Mesir pada November.
Kejohanan Karate 1-Series A 2025 anjuran WKF yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam disertai 1,061 atlet dari 84 negara, termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun, Brazil, Algeria, Iran dan Malaysia.
Karate 1-Series A adalah pertandingan tahap kedua dalam struktur liga WKF yang menawarkan mata ranking dunia sebelum Kejohanan Dunia di Paris bulan ini serta Kejohanan Dunia Senior di Mesir pada November.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami