GSF: Kesemua 23 delegasi Malaysia disahkan telah ditahan oleh Israel – Ikuti Laporan Langsung
MALAYSIA

Tuanku Muhriz berkenan rasmi kejohanan Karate 1-Series A 2025

Bernama 04/10/2025 | 05:45 MYT
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir (dua, kiri) berkenan menyempurnakan gimik perasmian Kejohanan Karate 1 Series A 2025 di N9 Arena, hari ini. - Foto Bernama
NILAI: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berkenan berangkat merasmikan kejohanan Karate 1-Series A 2025 di N9 Arena, Nilai di sini.


Ringkasan AI
  • Tuanku Muhriz merasmikan Kejohanan Karate 1-Series A 2025 di N9 Arena, Nilai, disertai oleh tokoh antarabangsa termasuk Presiden WKF Antonio Espinos.
  • Kejohanan berlangsung tiga hari dengan penyertaan 1,061 atlet dari 84 negara, termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun, Brazil dan Malaysia.
  • Pertandingan ini beri mata ranking dunia sebelum Kejohanan Dunia di Paris bulan ini dan Kejohanan Dunia Senior di Mesir pada November.


Ketibaan baginda tiba pada 9.08 pagi tadi disambut Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam yang merupakan Penaung Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) merangkap Naib Presiden Persekutuan Karate Asia (AKF).

Turut hadir Presiden Persekutuan Karate Dunia (WKF) Antonio Espinos dan Presiden MAKAF Datuk Nur Azmi Ahmad.

Kejohanan Karate 1-Series A 2025 anjuran WKF yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam disertai 1,061 atlet dari 84 negara, termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun, Brazil, Algeria, Iran dan Malaysia.

Karate 1-Series A adalah pertandingan tahap kedua dalam struktur liga WKF yang menawarkan mata ranking dunia sebelum Kejohanan Dunia di Paris bulan ini serta Kejohanan Dunia Senior di Mesir pada November.

-- BERNAMA




#Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan #Tuanku Muhriz Tuanku Munawir #rasmi #kejohanan Karate 1-Series A 2025