[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu Dijatuhkan Hukuman Penjara – Ikuti Perkembangan di Sini!
MALAYSIA

Tuanku Muhriz titah DSNS kepada Dr Mohamad ditarik balik

Bernama 30/10/2025 | 22:50 MYT
Mohamad dianugerahkan DSNS yang membawa gelaran Datuk pada 2004. - Foto Facebook/University of Cyberjaya
SEREMBAN: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan pengurniaan Darjah Setia Negeri Sembilan (DSNS) kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Emeritus Dr Mohamad Abd Razak ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.

Pendaftar Darjah Datuk Mohd Zafir Ibrahim dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan keputusan tersebut bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan.

Mohamad dianugerahkan DSNS yang membawa gelaran Datuk pada 2004.

-- BERNAMA





#Tuanku Muhriz Tuanku Munawir #DSNS #Dr Mohamad Abd Razak #ditarik balik