awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tubuh Pasukan Petugas Khas siasat 1MDB - LPPR

Astro Awani
Astro Awani
24/05/2015
08:41 MYT
Tubuh Pasukan Petugas Khas siasat 1MDB - LPPR
Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah saran tubuh Pasukan Petugas Khas siasat 1MDB
Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) menyarankan agar Pasukan Petugas Khas ditubuhkan bagi menyiasat sama ada kemungkinan wujud sebarang bentuk kesalahan di bawah undang-undang dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menyebabkan beban hutang yang ditanggungnya mencecah RM42 bilion.
LPPR yang merupakan salah sebuah badan bebas yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyarankan perkara itu berdasarkan peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, SPRM hanya boleh menyiasat kesalahan berkaitan dengan kes rasuah.
Dalam satu kenyataan medianya, LPPR berpandangan bahawa Pasukan Petugas Khas ini perlu dianggotai oleh kesemua agensi penguat kuasa termasuk SPRM, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia serta Jabatan Audit Negara.
"Ini penting bagi satu siasatan yang menyeluruh dikendalikan dan dibawa kepada umum.
"Pembentukan Pasukan Petugas Khas pelbagai agensi akan membolehkan satu siasatan terperinci dijalankan apabila Jabatan Audit Negara menyelesaikan semakan pihaknya, yang dijangka akan diumumkan akhir bulan Jun 2015.
"Jika wujud sebarang bentuk kesalahan di bawah lunas perundangan, maka agensi-agensi terbabit harus mengambil tindakan sewajarnya mengikut kuasa masing-masing termasuk SPRM di bawah Akta SPRM 2009.," kata kenyataan media itu.
Dalam kenyataan tersebut LPPR menegaskan pihaknya memandang serius dakwaan yang dibuat berkaitan 1MDB yang dilihat amat dekat dengan kepentingan rakyat.
"LPPR yang mewakili suara rakyat juga ingin melihat perlu ada satu penyelesaian kepada isu ini," kata kenyataan itu lagi.
Isu berhubung pengurusan 1MDB mendapat perhatian ramai mutakhir ini selepas bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan perkara berkenaan menerusi tulisan di blognya.
Sebelum itu, beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang turut membangkitkan perkara yang sama sama ada menerusi ceramah umum atau kenyataan media yang dikeluarkan.
Topic Berkaitan
#1MDB
#LPPR
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan