Aktivis sosial terkemuka Tan Sri Lee Lam Thye hari ini mencadangkan penubuhan sebuah pasukan petugas khas di bawah Kementerian Pengangkutan bertujuan menangani kadar tinggi kematian melibatkan penunggang motosikal di negara ini.
Lee yang juga ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan dan pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, berkata fokus pasukan itu adalah mewujudkan budaya baharu menunggang motosikal dengan mengurangkan kadar kelajuan, yang menjadi punca utama pelanggaran maut membabitkan motosikal.
"Mengurangkan kadar had laju bagi penunggang motosikal adalah satu kemestian untuk memastikan keberkesanan budaya baharu menunggang yang dicadangkan itu. Strategi lain adalah menyediakan lorong khas untuk penunggang motosikal," katanya kepada Bernama.
Lee, yang sejak sekian lama sehingga tahun lepas merupakan pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berkata beliau percaya jika undang-undang tertentu digubal untuk menguatkuasakan budaya menunggang yang baharu dan selamat itu, "kita dapat lihat penurunan mendadak pelanggaran maut dalam kalangan penunggang motosikal dan pembonceng".
"Dalam gambaran lebih besar, sepatutnya sudah lama kita pupuk budaya menunggang lebih selamat untuk mencegah kehilangan nyawa yang kebanyakannya terdiri daripada golongan muda berusia antara 16 dan 36 tahun," kata Lee.
Lee menggesa Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong untuk pertimbangkan secara serius cadangan penubuhan pasukan petugas khas itu dan memberi perhatian segera terhadap cadangan itu.
Purata lebih 4,000 penunggang motosikal dan pembonceng maut dalam pelanggaran setiap tahun.
Lee memetik kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang menunjukkan jika kelajuan maksimum motosikal dihadkan kepada 80km sejam, kadar pelanggaran maut dapat dikurangkan sebanyak 80 peratus.
Katanya memandangkan tiada langkah efektif diambil sejak sekian lama bagi menangani isu hidup-mati yang kritikal ini, jumlah pelanggaran maut tidak berubah, bahkan meningkat selaras dengan peningkatan bilangan motosikal di jalan raya.
"Lorong khas perlu dilaksanakan di seluruh negara tetapi juga perlu diselenggara dengan baik. Ini penting jika terdapat masalah berkaitan pencahayaan tidak mencukupi, lubang atau takungan air, pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tindakan segera bagi mengurangkan impak pelanggaran," katanya.
Beliau berkata semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan untuk membendung penularan wabak COVID-19 dan rakyat Malaysia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah wabak itu, bilangan kematian adalah rendah berbanding negara-negara lain.
"Jika rakyat Malaysia mematuhi SOP ketika berada di jalan raya seperti mereka lakukan bagi mencegah COVID-19, saya yakin kita dapat menurunkan kadar pelanggaran maut," katanya.
Aktivis sosial itu berkata masalah itu bukan perkara baharu tetapi berulang, serta langkah pencegahan adalah sama ada perlahan atau tidak ada.
Memberikan contoh, beliau memetik kenyataan oleh Pengerusi MIROS Datuk Suret Singh bahawa lorong khas untuk motosikal di sepanjang Lebuhraya Persekutuan dari Kuala Lumpur ke Klang melaporkan hampir sifar kematian dalam tempoh lebih 20 tahun lepas walaupun mencatatkan kadar penggunaan amat tinggi oleh penunggang motosikal.
Lebuhraya Persekutuan juga diiktiraf sebagai lebuh raya paling sibuk di Malaysia dengan 24 jam mencatatkan aliran trafik.
Lee turut mengambil perhatian bahawa perlunya budaya baharu untuk menyelamatkan nyawa turut kerap diketengahkan oleh bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang dalam ruangan mingguannya di akhbar.
"Saya berharap Menteri Pengangkutan mempertimbang dan melaksanakan cadangan beliau dalam isu ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 19 2020
Mengurangkan kadar had laju bagi penunggang motosikal adalah satu kemestian untuk memastikan keberkesanan budaya baharu menunggang yang dicadangkan itu. - Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
KDN nafi laporan Pasukan Petugas Khas kes Pastor Raymond Koh diubah
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan bahawa Laporan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat kehilangan Pastor Raymond Koh yang dikemukakan kepada keluarga dan peguam telah diubah.
Pelarasan gaji: Penjawat awam perlu berkhidmat dengan dedikasi, berintegriti - Aktivis sosial
Penjawat awam perlu utamakan kebajikan awam dengan menangani masalah, menjawab aduan dengan segera serta menguat kuasa undang-undang secara berkesan.
Sultan Selangor puji Lee Lam Thye
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memberi penghormatan kepada aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye.
Tubuh pasukan petugas tangani kadar kematian penunggang motosikal - Lee Lam Thye
Fokus mewujudkan budaya baharu menunggang motosikal dengan mengurangkan kadar kelajuan, yang menjadi punca utama pelanggaran maut membabitkan motosikal.
Pendedahan audio: Lebih ramai 'whistleblower' akan berani tampil beri maklumat
Menurut Peguam, Syahredzan Johan, ini kerana pemberi maklumat atau 'whistleblower' akan menganggap pendedahan seumpamanya tidak akan dipandang remeh oleh pihak berkuasa.
KDN masih tunggu laporan penuh siasatan kehilangan Amri, Raymond Koh
Pasukan yang ditubuhkan pada Jun lepas itu sepatutnya telah menyiapkan laporan penuh dalam tempoh enam bulan seperti ditetapkan.
Wujudkan jabatan khas untuk warga emas - Lee Lam Thye
Pada tahun 2030, Malaysia dijangka menjadi negara yang mempunyai penduduk yang mencapai usia tua dalam jumlah yang besar.
KDN lantik ahli baharu sertai pasukan khas kehilangan dua aktivis sosial
Kementerian Dalam Negeri KDN telah melantik dua ahli baharu bagi Pasukan Petugas Khas berhubung kehilangan dua aktivis sosial, Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat.
Kes Koh, Amri: Pelantikan Mokhtar tidak jejas siasatan - Muhyiddin
Mokhtar hanya hadir dalam satu sesi semasa inkuiri menyiasat kehilangan kedua-dua individu berkenaan yang dijalankan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), dan tidak terlibat secara langsung.
Pasukan petugas khas dibentuk teliti laporan Suhakam mengenai kehilangan aktivis - Muhyiddin
Pasukan itu yang bakal dianggotai antara enam dan tujuh individu, juga seterusnya akan mengesyorkan tindakan wajar yang perlu diambil oleh kerajaan atau pihak yang bertanggungjawab dalam kes tersebut.