Beberapa Ahli Parlimen mencadangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan salah laku oleh pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) yang lepas.
Cadangan tersebut diutarakan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (PN-Baling), yang merupakan bekas pengerusi TH, sewaktu bangun mencelah ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan mesyuarat Penggal Ketiga, Parlimen ke-14, pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Abdul Azeez berkata cadangan penubuhan suruhanjaya ini telah diutarakan semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) bagi menyiasat secara telus dan menjawab segala dakwaan berkaitan institusi kewangan umat Islam tersebut.
Anwar dalam maklum balasnya tidak menolak cadangan tersebut malah meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertimbangkan cadangan bagi mewujudkan suruhanjaya itu.
"Ini mungkin meleraikan keadaan kerana ia menimbulkan perbincangan hangat dan bebanan kepada rakyat yang berikhtiar dan ikhlas untuk menunaikan fardu haji," katanya.
Anwar turut meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberikan pandangan dan penjelasan tentang kecurangan yang berlaku melibatkan institusi itu kerana TH adalah badan amanah umat Islam dan orang Melayu.
Terdahulu, Datuk Seri Ahmad Maslan (PN-Pontian) semasa mencadangkan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong turut mempersoalkan tindakan TH yang tidak membentangkan laporan kewangan TH sepanjang pemerintahan PH.
Jelasnya, kegagalan membentangkan laporan berkenaan di Parlimen melanggar Akta 240, Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980.
"Kenapa sehingga hari ini, dua tahun berturut-turut laporan kewangan TH sepanjang PH memerintah pada 2018 dan 2019 tidak pernah dikeluarkan dan dibentangkan di Parlimen? Apakah laporan tahunan TH diaudit?
"Barisan Nasional tak pernah gagal membentangkan laporan kewangan yang diaudit setiap tahun yang berakhir Disember. Kegagalan TH membentangkan laporan dua tahun ini jelas melanggar Seksyen 5, 7, 8, 9 Akta Badan-Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) (Akta 240). Macam mana boleh umum hibah apabila akaun tidak diaudit? Sekali gus bertentangan dengan Akta 22 TH," katanya.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 14 2020
Cadangan penubuhan RCI telah diutarakan semasa pentadbiran PH bagi menyiasat secara telus dan menjawab segala dakwaan berkaitan institusi kewangan umat Islam tersebut.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Guan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez
Mahkamah Rayuan memerintahkan Lim Guan Eng membayar ganti rugi am RM250,000 kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kerana memfitnah berhubung pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Mahkamah Rayuan tetap 21 Ogos keputusan saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng
Mahkamah Rayuan menetapkan 21 Ogos ini untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng.
Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar
Anwar mengesahkan pelantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum dimuktamadkan.
Azeez Rahim dilantik Pengerusi KEDA baharu - Zahid
Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
Kes Najib, Rosmah terus curi tumpuan pada 2022
Ia menyaksikan Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama Malaysia yang terpaksa meringkuk dalam penjara bagi kesalahan jenayah.
Penjelasan Peguam Negara mengenai Azeez Rahim lepas, bebas kes rasuah, pengubahan wang haram
Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Azeez dan tidak membantah terhadap permohonan pelepasan dan pembebasan beliau hari ini.
Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.
Abdul Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Representasi yang dikemukakan tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.
Abdul Azeez kemuka lagi representasi batal tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez sekali lagi mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Kes rasuah, AMLA: Mahkamah kekal 9 daripada 13 pertuduhan terhadap Abdul Azeez
Mahkamah bagaimanapun bersetuju membatalkan empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram ke atas tertuduh.