awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TUDM bawa pulang 102 rakyat Malaysia di Nepal

Bernama
Bernama
28/04/2015
10:05 MYT
TUDM bawa pulang 102 rakyat Malaysia di Nepal
Suasana terkini di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu, Nepal hari ini. - Foto AFP
Sebanyak 102 rakyat Malaysia menaiki pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu, Nepal hari ini.
Timbalan Panglima TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Seri Che Akmar Mohd Nor berkata pesawat itu kini dalam perjalanan ke Kolkata, India dan dijangka tiba di Pangkalan TUDM Subang malam ini, bergantung kepada keadaan penerbangan.
"TUDM bersedia untuk meneruskan kerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sekiranya masih terdapat keperluaan untuk menggunakan pesawat TUDM bagi membawa pulang rakyat Malaysia mahupun menghantar bantuan bekalan keperluan ke Nepal," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata setakat ini, TUDM belum menerima pemohonan baharu daripada MKN untuk operasi berikutnya.
Che Akmar berkata kelewatan sehari jadual penerbangan disebabkan oleh faktor kesesakan trafik udara pesawat bantuan dan komersial keluar masuk dari Kathmandu.
Pasukannya tidak berhadapan dengan apa-apa masalah lain dalam menjalankan misi berkenaan, katanya.
Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya Kathmandu dengan bandar Pokhara pada 2.56 petang (waktu Malaysia) pada Sabtu. Beberapa kejadian gempa susulan turut berlaku.
Setakat ini, tragedi gempa bumi paling teruk melanda Nepal dalam tempoh 81 tahun itu, mencatatkan 4,200 kematian dan lebih 7,000 orang cedera.
Terdahulu, Che Akmar menyempurnakan upacara pemakaian pangkat pegawai kehormat kepada lima pegawai Pasukan Simpanan Sukarelawan TUDM (PSSTUDM) terdiri daripada ahli akademik dan tokoh perniagaan.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Malaysia
#Nepal
#TUDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan