NATIONAL
TUDM mula siasatan untuk pastikan keselamatan pesawat Hawk

Pesawat pejuang Hawk 208 tergelincir dari landasan akibat masalah pada gear pendaratan hadapan pada Selasa. - Gambar/ Bernama
KOTA TINGGI: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah memulakan siasatan untuk memastikan keselamatan pesawat pejuang Hawk.
Ringkasan AI
- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah memulakan siasatan untuk memastikan keselamatan pesawat pejuang Hawk selepas insiden pesawat tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar.
- Pesawat pejuang Hawk 208 tergelincir dari landasan akibat masalah pada gear pendaratan hadapan ketika latihan Opening Gambit untuk persiapan acara pembukaan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25). Juruterbang pesawat selamat dan tidak mengalami kecederaan.
- Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan tiada kecederaan fizikal dalam insiden tersebut dan menyatakan bahawa tempoh siasatan terpulang kepada TUDM.
"TUDM telah memulakan siasatan untuk pastikan keselamatan kesemua pesawat pejuang Hawk berkenaan. Terpulang pada TUDM berapa lama tempoh siasatan akan mengambil masa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Projek Jana Veteran Boustead Plantations Bhd di Ladang Telok Sengat, di sini, hari ini.
Selasa lepas, TUDM dilaporkan mengesahkan sebuah pesawat pejuang jenis Hawk 208 miliknya tergelincir dari landasan, selepas mengalami masalah pada gear pendaratan hadapan ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Alor Setar di Kedah.
Dalam kenyataan rasminya, TUDM dilaporkan memaklumkan insiden berlaku kira-kira jam 5 petang ketika pesawat berkenaan sedang menjalani latihan Opening Gambit sebagai persiapan acara pembukaan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25).
Bagaimanapun juruterbang pesawat dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami