MALAYSIA
TUDM mungkin segerakan perolehan pesawat MRCA - Panglima TUDM
Muhamad Norazlan bercakap ketika sidang media pada majlis Sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan TUDM 2025 di Pangkalan Udara Subang hari ini. - Foto Bernama
SUBANG: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kemungkinan akan menyegerakan program perolehan Pesawat Tempur Pelbagai Peranan (MRCA) berikutan beberapa isu dan ketidaktentuan berhubung perancangan perolehan pesawat F/A-18 C/D Hornet daripada Tentera Udara Kuwait (KAF).
Ringkasan AI
Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata faktor garis masa dan syarat teknikal yang ditetapkan Kuwait bagi perolehan pesawat F/A-18 C/D Hornet itu menjadi pertimbangan utama sama ada TUDM akan meneruskan hasrat tersebut atau beralih kepada perancangan lain bagi memastikan kesiagaan ruang udara negara tidak terjejas.
"Ketetapan Kuwait adalah selepas 12 hingga 18 bulan mereka menerima pesawat Super Hornet barulah mereka boleh mempertimbangkan untuk menjual F/A-18 C/D Hornet kepada negara yang berminat.
"Tetapi sehingga hari ini, mereka (Kuwait) tidak tahu bila pesawat Super Hornet mereka akan tiba. Belum ada lagi ketetapan tarikh perolehan pesawat Super Hornet oleh Kuwait," katanya kepada pemberita selepas hadir ke Hari Anugerah Kecemerlangan TUDM di Pangkalan Udara Subang di sini hari ini.
Muhamad Norazlan menjelaskan selain faktor kelewatan, terdapat kekangan teknikal dan syarat daripada pihak pengeluar F/A-18 C/D Hornet iaitu Amerika Syarikat (AS) yang memerlukan tempoh masa tambahan sebelum pesawat itu boleh dioperasikan oleh TUDM.
"Kita juga menerima surat secara rasmi daripada Kedutaan AS yang mengatakan bahawa meskipun pesawat Kuwait kita terima, kita tidak boleh menerbangkan pesawat tersebut. Kita perlu mengubah peralatan dan perubahan peralatan itu memerlukan tempoh kira-kira 15 bulan lagi," katanya.
Muhamad Norazlan berkata berikutan itu TUDM perlu membuat keputusan yang tepat berdasarkan beberapa faktor berkenaan agar tidak menjadi bebanan di kemudian hari.
Program MRCA merupakan sebahagian daripada Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55) jangka panjang yang dirangka kerajaan untuk memodenkan armada udara negara secara berfasa menjelang 2035 hingga 2040.
Di bawah CAP55, TUDM menyasarkan untuk memiliki dua skuadron pesawat MRCA bagi menggantikan pesawat Sukhoi Su-30MKM dan F/A-18D Hornet sedia ada.
Beliau berkata sekiranya perolehan Hornet Kuwait gagal, selain menyegerakan program perolehan MRCA yang sepatutnya bermula pada fasa kedua atau ketiga pelan CAP55, TUDM juga akan menumpukan kepada perolehan pesawat pejuang ringan FA-50.
Mengenai perkembangan FA-50, beliau berkata pihak Korea Aerospace Industries (KAI) telah memberikan komitmen untuk menyerah enam pesawat yang ditempah pada penghujung 2026 dan bakinya bermula tahun 2027.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyegerakan program perolehan Pesawat Tempur Pelbagai Peranan (MRCA) berikutan ketidaktentuan perancangan perolehan pesawat F/A-18 C/D Hornet daripada Tentera Udara Kuwait (KAF).
- Faktor garis masa dan syarat teknikal yang ditetapkan Kuwait menjadi pertimbangan utama, menyebabkan TUDM mungkin beralih kepada perancangan lain bagi memastikan kesiagaan ruang udara negara tidak terjejas.
- Jika perolehan Hornet Kuwait gagal, TUDM akan menumpukan kepada perolehan pesawat pejuang ringan FA-50 sebagai alternatif, yang dijangka akan berlaku pada fasa kedua atau ketiga pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055.