Terkini: Inkues kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
MALAYSIA

TUDM nafi lengahkan perintah mahkamah rayuan berhubung perbicaraan semula bekas sarjan

Bernama 13/10/2025 | 09:00 MYT
Muhamad Norazlan berkata pasukan itu memandang serius pelaksanaan perintah berkenaan, namun pelaksanaannya tertakluk kepada prosedur perkhidmatan dan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tentera Udara Malaysia (TUDM) menafikan dakwaan seorang bekas sarjan TUDM bahawa pasukan itu dengan sengaja melengahkan pelaksanaan perintah Mahkamah Rayuan, supaya diadakan perbicaraan semula kesnya tanpa alasan munasabah.


Ringkasan AI
  • TUDM menafikan dakwaan bekas sarjan bahawa pasukan itu sengaja melengahkan pelaksanaan perintah Mahkamah Rayuan untuk perbicaraan semula kes dadah, dan menegaskan pelaksanaan tertakluk kepada prosedur perkhidmatan serta undang-undang yang berkuat kuasa.
  • Panglima TUDM Jen Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris menyatakan TUDM telah mengambil langkah-langkah sewajarnya dan akan menjelaskan perkara tersebut dalam prosiding yang berkaitan.
  • Bekas sarjan Ahmad Zaini Zainon memfailkan permohonan prosiding komital terhadap Panglima TUDM atas dakwaan menghina mahkamah, susulan kelewatan pelaksanaan perintah mahkamah.


Panglima TUDM Jen Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata pasukan itu memandang serius pelaksanaan perintah berkenaan, namun pelaksanaannya tertakluk kepada prosedur perkhidmatan dan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Beliau berkata TUDM telah mengambil langkah-langkah untuk melaksanakan perintah Mahkamah Rayuan tersebut, dan perkara ini akan dijelaskan lanjut dalam prosiding tersebut.

"TUDM komited untuk memastikan segala tindakan yang diambil selaras dengan kehendak undang-undang dan tatacara perkhidmatan awam," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Media pada Jumaat melaporkan Ahmad Zaini Zainon, 42, yang disabitkan oleh Mahkamah Tentera atas kesalahan dadah, memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan prosiding komital terhadap Panglima TUDM kerana didakwa menghina mahkamah.



-- BERNAMA



#Ahmad Zaini Zainon #TUDM #perbicaraan semula #kes dadah