awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
Setitis sumbangan, sejuta harapan: Rumah kebajikan di Rawang bakal dijual, kanak-kanak rayu bantuan
Peguam Nick Reiner tarik diri daripada kes bunuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TUDM sahkan pesawat Beechcraft B 200T lakukan pendaratan cemas di Subang

Bernama
Bernama
16/10/2023
09:23 MYT
TUDM sahkan pesawat Beechcraft B 200T lakukan pendaratan cemas di Subang
TUDM mengesahkan bahawa sebuah pesawat miliknya terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Isnin. - Foto Bahagian Perhubungan Awam TUDM
KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Beechcraft B 200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini, 1 tengah hari tadi.
Bahagian Perhubungan Awam TUDM yang mengesahkan kejadian berkenaan dalam kenyataannya memaklumkan bahawa semua empat anak kapal pesawat itu selamat dan tidak mengalami kecederaan.
Menurutnya kejadian berlaku semasa pesawat dari 16 Skuadron yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada 11.27 pagi, sedang melaksanakan latihan penerbangan.
"TUDM akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Norazman Mahmud dalam kenyataan berkata juruterbang pesawat berkenaan telah memaklumkan Menara Kawalan Trafik Udara (ATC) Subang mengenai masalah gear pendaratan dan meminta bantuan untuk mendarat.
"Menara ATC kemudian memaklumkan kepada Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang Subang bagi mengaktifkan Pelan Kecemasan Lapangan Terbang dan menyediakan bantuan kecemasan kepada pesawat semasa mendarat," katanya.
Beliau berkata pesawat berkenaan dalam proses dialihkan dan landasan lapangan terbang dijangka dibuka semula untuk beroperasi pada 5 petang.
Menurutnya siasatan dilaksanakan mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TUDM
#Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
#pendaratan cemas
#latihan penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan