awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Erdogan desak usaha damai di Gaza, Ukraine seperti perjanjian Iran-Israel
MALAYSIA
Umat Islam perlu bermuhasabah, perbaharui tekad sempena Maal Hijrah - Sultan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

TUDM teliti konflik global untuk pastikan perancangan kekal relevan - PTU

Bernama
Bernama
26/06/2025
13:45 MYT
Sponsor Banner
TUDM teliti konflik global untuk pastikan perancangan kekal relevan - PTU
Mohd Nizam (tengah) menyaksikan Upacara Serah Terima Tugas antara PTU ke-20 kepada penggantinya, PTU ke-21 Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris di Pangkalan Udara Subang hari ini.- Gambar Bernama
SUBANG: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sentiasa meneliti situasi keselamatan global sebagai langkah memastikan perancangan jangka panjang yang dilaksanakan mampu mengekalkan kerelevanan dan kesiapsiagaan pasukan itu.
Panglima Tentera Udara (PTU) Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata banyak yang boleh dipelajari pasukan itu daripada konflik yang sedang berlaku termasuk antara Rusia dan Ukraine, India dan Pakistan serta Iran dan Israel.
Muhamad Norazlan yang dilantik sebagai PTU ke-21 menggantikan Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan hari ini berkata penelitian terhadap konflik antarabangsa itu juga memberi peluang kepada TUDM untuk menambah baik perancangan yang dilakukan dalam Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55).
"Saya akan memastikan segala perancangan yang telah disusun dalam CAP55 diteruskan bersama barisan kepimpinan TUDM yang baharu bagi memastikan TUDM terus menjadi sebuah kuasa udara berkredibiliti, unggul dan berspektrum penuh.
"Jika perlu dilakukan sebarang perubahan, kita akan lakukan kerana kita perlu menjadi relevan dengan keadaan semasa," katanya kepada pemberita selepas istiadat perbarisan persaraan Mohd Asghar Khan di Pangkalan Udara Subang, hari ini.
Muhamad Norazlan turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar atas kepercayaan, bimbingan dan sokongan bagi beliau memegang jawatan berkenaan.
"Dengan rasa hormat dan rendah diri, saya mewakili seluruh warga TUDM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Mohd Asghar Khan atas segala jasa, pengorbanan, kepimpinan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh beliau menerajui pasukan ini," katanya.
Terdahulu, Upacara Serah Terima Tugas Muhamad Norazlan sebagai PTU ke-21 disaksikan Mohd Nizam.
Pada majlis itu, Mohd Asghar Khan menerima tabik hormat daripada 24 pegawai dan 403 anggota lain-lain pangkat dan melibatkan lapan panji-panji dalam TUDM.
Majlis dihadiri pegawai kanan TUDM dan atase pertahanan asing itu turut menyaksikan lintas hormat daripada pesawat SU-30MKM, F/A-18D, C-130H, A400M, PC7 MKII serta helikopter EC-725 AP.
Sementara itu, Mohd Asghar Khan dalam ucapan berkata beberapa sistem dan platform seperti pesawat tanpa pemandu, pesawat tempur ringan FA-50, pesawat rondaan maritim, radar pertahanan udara dan helikopter dalam proses perolehan dan akan mula diterima Oktober ini hingga hujung 2028.
"Semua aset ini akan memberi peningkatan di dalam keupayaan TUDM untuk melaksanakan tugas mempertahankan ruang angkasa tanah air tercinta ini.
"Seterusnya, pengukuhan struktur latihan dan pembangunan modal insan giat dilaksanakan dengan penghantaran pegawai dan anggota menghadiri kursus di dalam dan luar negara, meluaskan ilmu pengetahuan untuk membolehkan TUDM menerima dan mengoperasikan aset-aset baharu secara profesional dan berkesan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ATM
#TUDM
#struktur latihan
#pesawat tempur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami