awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TUDM terima penghargaan, catat 20,000 jam penerbangan helikopter H225M

Astro Awani
Astro Awani
23/02/2022
09:50 MYT
TUDM terima penghargaan, catat 20,000 jam penerbangan helikopter H225M
Fleet helikopter H225M TUDM sebanyak 12 unit yang berkhidmat semenjak 2012 itu berjaya mengumpulkan lebih 20,000 jam penerbangan. - Foto Airbus Helicopters
KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menerima penghargaan daripada Airbus atas kejayaan merekodkan jumlah jam penerbangan terkumpul paling tinggi di Asia bagi helikopter tentera H225M.
Ia selepas fleet helikopter H225M TUDM sebanyak 12 unit yang berkhidmat semenjak 2012 itu berjaya mengumpulkan lebih 20,000 jam penerbangan.
Airbus dalam satu kenyataan memaklumkan, juruterbang helikopter H225M TUDM yang masing-masing mencapai sejumlah 2,000, 1,500, 1,000 dan 500 jam penerbangan dalam helikopter itu juga diberikan anugerah pencapaian jam penerbangan pada majlis penuh bersejarah itu.
"Direka bentuk untuk menangani misi yang paling mencabar, helikopter H225M telah mengambil bahagian dan menyertai pelbagai misi latihan dan kemanusiaan, termasuk operasi penyelamatan semasa banjir dan operasi menyelamatkan nyawa.
"Aset tempur pelbagai fungsi dan serba boleh yang terbukti keupayaannya, helikopter H225M membolehkan pasukan tentera dihantar ke mana sahaja pada bila-bila masa diperlukan," memetik kenyataan itu.
Ketua Serantau bagi Airbus Helicopters Asia Pasifik, Vincent Dubrule telah menyampaikan anugerah kepada Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad bagi meraikan dan memperingati pencapaian penuh bersejarah tersebut di Pangkalan Udara Kuantan.
Hadir sama adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan; Pengarah Urusan, Airbus Helicopters Malaysia merangkap Ketua Pegawai Operasi, Airbus Helicopters Asia Pasifik, Gerard Pau dan Wakil Ketua Negara Airbus di Malaysia, Raymond Lim.
Pada masa kini, sejumlah 125 helikopter H225M berada dalam perkhidmatan di seluruh dunia.
Selain Malaysia, negara Brazil, Perancis, Indonesia, Mexico, Kuwait, Singapura dan Thailand juga bergantung kepada keupayaan helikopter H225M untuk menyokong dan melaksanakan misi yang mencabar.
Topic Berkaitan
#penerbangan
#Airbus
#TUDM
#helikopter H225M TUDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan