awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuduhan konspirasi politik dan Ketua Hakim Negara: PKPMP buat laporan polis

Bernama
Bernama
21/04/2022
15:17 MYT
Tuduhan konspirasi politik dan Ketua Hakim Negara: PKPMP buat laporan polis
PKPMP dalam kenyataan menyatakan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, tidak pernah berkomunikasi dengan atau dihubungi oleh mana-mana pemimpin politik berhubung dengan kes-kes mahkamah yang melibatkan Najib dan Zahid. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) telah membuat laporan polis berhubung tuduhan-tuduhan wujudnya konspirasi, pakatan sulit atau pakatan haram, antara pemimpin politik dan Ketua Hakim Negara untuk mempercepatkan kes dan jatuh hukum Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
PKPMP dalam kenyataan hari ini menyatakan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, tidak pernah berkomunikasi dengan atau dihubungi oleh mana-mana pemimpin politik berhubung dengan kes-kes mahkamah yang melibatkan bekas perdana menteri (Najib) dan presiden UMNO (Ahmad Zahid).
"Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh pejabat ini, menafikan tuduhan-tuduhan wujudnya konspirasi, pakatan sulit atau pakatan haram, antara pemimpin politik dan Ketua Hakim Negara," menurut kenyataan itu.
Pejabat itu merujuk kepada satu hantaran di laman Facebook Shahir Samad-Tok Uban bertarikh 20 April lepas, yang di antaranya menuduh Ketua Hakim Negara telah bersetuju membantu mempercepatkan kes dan jatuh hukum Najib dan Ahmad Zahid.
Kenyataan itu menyebut kes-kes yang belum selesai di mahkamah, perlu berjalan dan diteruskan mengikut undang-undang tanpa sebarang campur tangan oleh Ketua Hakim Negara atau orang lain.
"Pejabat ini menegaskan bahawa pihak yang bertanggungjawab membuat dan menyebarkan tuduhan-tuduhan tersebut, adalah bertujuan untuk memburukkan imej dan menyebabkan orang awam hilang kepercayaan terhadap badan kehakiman.
Selain itu, tuduhan-tuduhan ini bertujuan untuk menjatuhkan pentadbiran keadilan dari segi perbicaraan kes yang belum selesai, terhadap Najib dan Ahmad Zahid.
Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas mendapatinya bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Kes itu kini di peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan setelah Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan Najib.
Manakala, Ahmad Zahid telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi pada 24 Jan lepas untuk membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi (YAB).
Ahmad Zahid telah memilih untuk membela diri melalui keterangan bersumpah daripada kandang saksi dan telah mengemukakan keterangannya pada 13 April lepas.
Kes Ahmad Zahid bersambung 23 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKPMP
#Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan
#konspirasi
#pakatan sulit
#Ketua Hakim Negara
#Najib Razak
#Zahid Hamidi
#Tun Tengku Maimun Tuan Mat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan