awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuduhan palsu RTB di media sosial, Nik Nazmi buat laporan polis

Bernama
Bernama
19/05/2023
16:21 MYT
Tuduhan palsu RTB di media sosial, Nik Nazmi buat laporan polis
Nik Nazmi menegaskan, Kerajaan Perpaduan dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, komited terhadap tatakelola baik dan tahap integriti yang tertinggi. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pejabat Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada Jumaat membuat laporan polis berkenaan tuduhan palsu, kebocoran maklumat sulit kerajaan dan fitnah, berkaitan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).
Dalam satu kenyataan malam Jumaat, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata laporan dibuat atas beberapa akaun Facebook, TikTok dan Telegram, yang menurutnya membuat fitnah terhadap dirinya serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung projek berkenaan.
"Ini secara jelas telah mendorong orang awam yang membaca hantaran tersebut, membuat tanggapan bahawa kami menyeleweng dana awam bagi tujuan politik.
"Sehubungan itu, saya berharap pihak polis dapat mengenal pasti dalang di sebalik tuduhan palsu, fitnah dan kebocoran maklumat sulit kerajaan, dengan kadar segera," katanya.
Nik Nazmi menegaskan, Kerajaan Perpaduan dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, komited terhadap tatakelola baik dan tahap integriti yang tertinggi.
Baru-baru ini, tular beberapa hantaran dalam aplikasi Facebook, TikTok dan Telegram yang mendakwa kononnya Nik Nazmi dan Anwar, meluluskan projek RTB tanpa melalui proses dan tatacara yang teratur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#fitnah
#integriti
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan