awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025 - DOSM
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuduhan rogol pembantu rumah: Nasib Paul Yong ditentukan pagi ini

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
27/07/2022
01:45 MYT
Tuduhan rogol pembantu rumah: Nasib Paul Yong ditentukan pagi ini
Paul Yong (kanan) ketika tiba di Mahkamah Tinggi Ipoh kira-kira jam 9.15 pagi ini. - Foto Astro AWANI
IPOH: Keputusan sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong bersalah atau dibebaskan atas tuduhan merogol pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia, bakal diketahui pagi ini.
Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk Abdul Wahab Mohamed dijadual menyampaikan keputusan di akhir kes pembelaan kira-kira jam 10 pagi.
Jika sabit kesalahan, Paul Yong boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Terdahulu, bekas Exco Kerajaan Negeri Perak itu tiba di mahkamah kira-kira jam 9.15 pagi.
Beliau disambut beberapa penyokongnya yang telah menunggu sejak awal pagi di pekarangan mahkamah.
Pada 31 Mac lalu, pasukan pembelaan diketuai Datuk Rajpal Singh bersama Salim Bashir menutup kes dengan memanggil tiga saksi termasuk Paul Yong dan isteri, Too Choon Looi, 46 tahun, serta saksi terakhir yang merupakan bapa saudara mangsa, Muhammad Rusdi, 51 tahun.
Mahkamah Tinggi Ipoh sebelum ini menetapkan 29 Jun sebagai tarikh keputusan sama ada bekas Exco itu didapati bersalah atau dibebaskan atas tuduhan berkenaan.
Paul Yong pada 7 Disember lalu diperintahkan membela diri terhadap tuduhan merogol selepas pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie terhadap pertuduhan berkenaan.
Sepanjang prosiding tersebut, pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Azlina Rasdi, dengan dibantu dua Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd Radzi dan Mohd Fitri.
Pada 23 Ogos 2019, Paul Yong yang ketika itu Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri didakwa merogol seorang wanita di dalam sebuah bilik di tingkat atas sebuah rumah di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan antara pukul 8.15 dan 9.15 malam, 7 Julai 2019.
Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Paul Yong
#rogol pembantu rumah
#warga Indonesia
#Mahkamah Tinggi Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan