[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

Tuduhan terhadap Bestinet tidak ada asas - Kula Segaran

Irwan Muhammad Zain 05/12/2019 | 03:45 MYT
KULA SEGARAN: Kami dapati tidak ada asas terhadap tuduhan yang ia terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram dan eksploitasi pekerja asing. - Gambar fail
Tidak ada sebarang asas untuk mengaitkan syarikat Bestinet Sdn Bhd mengeksploitasi pekerja asing dan terlibat dalam pengubahan wang haram, kata Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.
Kula berkata, siasatan yang dijalankan mendapati, tuduhan yang dibuat sebelum ini terhadap syarikat tersebut adalah tidak tepat.
“Tahun lepas saya buat beberapa tuduhan terhadap Bestinet iaitu syarikat yang menguruskan pengambilan pekerja asing.
“Namun selepas siasatan dibuat, kami mendapati tidak ada asas terhadap tuduhan yang ia terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram dan eksploitasi pekerja asing.
“Maka, tuduhan itu tidak tepat,” katanya kepada Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Alice Lau (PH-Lanang) pada sesi Soal jawab Menteri berkenaan status terkini syarikat itu.
Tahun lalu, operasi Bestinet digantung susulan laporan yang mengaitkan syarikat tersebut dengan aktiviti mengeksploitasi pekerja asing.
Syarikat tersebut telah menafikan sebarang pembabitan dalam mengeksploitasi pekerja asing dan pengubahan wang haram.
#Bestinet #Dewan Rakyat #eksploitasi #M Kula Segaran #operasi #pekerja asing #pengubahan wang haram #siasatan